Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024

podiumontour May 25, 2026 2 minutes read
Izzatul Musfirah

IZZATUL MUSFIRAH (tiga dari kanan) menjadi satu-satunya wakil atlet wanita negara ke Kejohanan Asia B20. - OLAHRAGA MALAYSIA

MENJADI atlet tunggal wanita negara tidak mematahkan semangat Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira pada Kejohanan Olahraga Asia B20 di Hong Kong dari 28-31 Mei ini.

Sebaliknya, Musfirah yang meraih keputusan cemerlang 9A SPM awal tahun ini, tekad memberikan aksi terbaiknya dalam acara 100m dan 200m nanti.

Atlet berusia 18 tahun dari Terengganu itu pastinya mahu menebus kekecewaan pada edisi 2024 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

“Ini kejohanan antarabangsa saya tahun ini. Jadi saya akan cuba buat SB (season best) dahulu,” katanya kepada Podium On Tour.

Pada 2024, Musfirah yang baru berusia 16 tahun, terkandas di peringkat saringan 100m, namun berjaya ke final 200m dengan meraih No.8 menerusi masa 24.89s.

Sejak itu, Musfirah tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya melepasi sub12 100m dengan rekod peribadi (PB) 100m 11.84s dan 24.24s bagi 200m.

PB 100m wanita Malaysia
(pelari yang masih aktif)

Zaidatul Husniah Zulkifli 11.49s
Nur Aishah Rofina Aling 11.64s
Azreen Nabila Alias 11.77s
Shereen Samson Vallabouy 11.77s
Afrina Batrisyia Mohamad Rizal 11.81s
Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira 11.84s
Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka 11.95s

Malah, Izzatul Musfirah turut mencipta sejarah sebagai  atlet pertama memenangi empat pingat emas dengan kesemuanya menerusi rekod baharu dan dinobatkan Olahragawati MSSM B18 2025.

Pada edisi 2024, Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa melalui Pengiran Aidil Auf Hajam (200m) dan Ng Tak Sing (lompat kijang). – PODIUM ON TOUR

Atlet Malaysia di Kejohanan Asia B20

Danish Iftikhar Muhammad Roslee
100m, 200m, 4x100m

Muhammad Dzul Danish Jamari
100m, 4x100m

Muhammad Sayyid Amin Roslan
200m, 4x100m

Muhammad Umaira Subri
4x100m

Danish Irfan Tamrin
4x100m

Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira
100m, 200m

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18
Next: Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.