Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026 2 minutes read
Piala Remaja Asia

SKUAD hoki negara terpaksa akur menamatkan Piala Remaja Asia di kedudukan keempat terbaik bagi edisi kali ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki remaja lelaki negara terpaksa akur menamatkan saingan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China sebagai pasukan keempat terbaik selepas tewas 2-4 kepada Pakistan hari ini.

Kekalahan itu melebarkan lagi penantian 14 tahun Young Tigers untuk menaiki podium sejak kali terakhir Malaysia bergelar juara kejohanan itu di Melaka pada 2012.

Ia juga secara tidak langsung mengulangi pencapaian dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024 yang menyaksikan skuad muda negara meraih tempat keempat.

Begitupun, objektit utama skuad muda negara pada kejohanan berprestij Asia itu tercapai iaitu menyambar salah satu tiket ditawarkan untuk beraksi di pentas Piala Dunia Remaja 2027.

Dalam aksi itu, pasukan bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin tersebut bermula baik dengan mendahului 2-0 dalam suku masa pertama.

Dua gol itu dijaringkan dalam tempoh dua minit menerusi jaringan padang Adam Ashraf Johari dan pukulan sudut penalti Shafiq Ammar Fahmi Suzaini, masing-masing pada minit ke-11 serta 13.

Bagaimanapun, kelebihan dua gol itu tidak bertahan lama apabila Pakistan bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil dua jaringan padang Rana Abdul Sami pada minit ke-34 dan 47.

Pakistan memastikan kemenangan menjadi milik mereka dengan tambahan dua lagi gol, kali ini melalui pukulan sudut penalti Muhammad Shaheer pada minit ke-52 dan penalti stroke daripada Waleed Rana ketika aksi berbaki empat minit lagi sebelum tamat.

Sebagai rekod, India mempertahankan gelaran Piala Remaja Asia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam aksi final malam tadi. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY CONFEDERATION

Post navigation

Previous: Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
Next: Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.