Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Peluang atlet Malaysia cabar powerhouse dunia

podiumontour April 30, 2026 2 minutes read
coach ali atlet

ALI

LANDSKAP sukan olahraga dunia kini menyaksikan peralihan dominasi dengan atlet-atlet negara Asia mula memahat nama sebagai kuasa besar atau ‘powerhouse’ dalam pelbagai acara padang dan balapan.

Jurulatih balingan skuad olahraga negara, Mohamad Ali Hamid menyatakan, Asia kini bukan lagi sekadar pelengkap jadual tetapi menjadi pencabar utama di peringkat elit.

“Sekarang kalau tengok kalendar olahraga, banyak pertandingan dan Asia juga dah menjadi powerhouse. Contoh paling ketara boleh dilihat dalam acara merejam lembing.

“Powerhouse sekarang Sri Lanka. Rekod terbaik musim ini dan kelompok elit dunia sekarang Sri Lanka, diikuti India, Jepun, dan tidak lupa juga China,” katanya.

Persaingan kelas elit di Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan dari 2 dan 3 Mei ini pastinya membakar semangat 11 atlet negara untuk menguji tahap kemampuan diri dengan jaguh-jaguh dunia nanti.

“Ini adalah peluang sangat baik untuk atlet kita bersaing dengan yang terbaik di dunia,” jelasnya yang mesra disapa Coach Ali.

Sebab itu tiga anak didiknya, Chai Kai Lee dan Ng Jing Xuan acara merejam lembing serta Queenie Ting Kung Ni (lempar cakera) diletak sasaran minimum catatan tahunan terbaik (SB) atau rekod peribadi (PB).

Pencapaian terbaik Malaysia dalam edisi musim lalu adalah melalui raja pemecah rekod, Muhammad Irfan Shamsuddin yang meraih gangsa dengan catatan 59.88m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Queenie di mood terbaik, mungkin pecah NR di Mokpo
Next: ‘Rumah baharu’ bawa tuah buat Young Elephants

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.