Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026 2 minutes read
Shafiq Ammar

SHAFIQ AMMAR (depan) berjaya menjaringkan tiga gol dalam siri Jelajah Jepun yang berakhir hari ini (12 Julai). - NINI CELOP

PENYERANG skuad hoki remaja negara, Shafiq Ammar Fahmi Suzaini membalas kepercayaan barisan kejurulatihan dengan meledak gol buat kali ketiga berturut-turut dalam siri Jelajah Jepun.

Bintang muda berusia 20 tahun itu kini muncul penjaring terbanyak Young Tigers dalam kempen Jelajah Jepun selepas meledak gol ketiganya dalam kemenangan 2-0 ke atas Jepun B21 di Gifu hari ini.

“Setiap gol memberikan semangat untuk saya terus bermain. Sebagai penyerang, saya akan usaha setiap perlawanan untuk jaringkan gol. Harapan saya menuju Piala Remaja Asia nanti, saya nak pelbagaikan lagi corak jaringan,” katanya kepada Podium On Tour.

Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September nanti amat penting buat Shafiq Ammar jika mahu mengikut jejak dua abangnya yang pernah beraksi di Piala Dunia Remaja sebelum ini.

Dua abangnya iaitu Shafiq Ikhmal Daniel pernah bermain di Piala Dunia Remaja 2023 dan Shafiq Adam Harriss beraksi sewaktu Piala Dunia Remaja 2025.

Kecemerlangannya turut mendapat pujian ketua jurulatih Young Tigers, Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang percaya penyerang TNB Thunderbolts itu masih ada banyak lagi peningkatan boleh ditunjukkan.

“Nampak banyak peningkatan terutama dalam Jelajah Jepun kali ini tetapi dia masih belum bersedia 100 peratus untuk terajui jentera serangan.

“Cuma di sini nampak dia ada potensi untuk berada dalam kesebelasan utama, jadi siri jelajah ini ujian yang sangat bagus buatnya,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – NINI CELOP

Post navigation

Previous: Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
Next: TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

Related Stories

Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026
SSBJ Thunderbolts
  • Hoki

Dedikasi kejayaan juara Div 1 MJHL buat SSBJ

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.