Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

podiumontour July 13, 2026 2 minutes read
TUAH Maskot Sukan SEA

MASKOT rasmi yang diberi nama TUAH diperkenalkan pada majlis peluncurun logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 di IOI City Mall hari ini.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Malaysia Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (MASOC) 2027 hari ini meluncurkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 sebagai identiti temasya yang bakal berlangsung di Malaysia tahun depan.

Acara bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Majlis peluncuran itu menyaksikan maskot rasmi, TUAH menjadi identiti temasya untuk mencerminkan semangat kebersamaan dengan reka bentuk diinspirasikan daripada imej seorang wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati.

Ia juga menggambarkan generasi baharu Malaysia yang berani menghadapi cabaran, positif, berdaya saing dan sentiasa menghargai kepelbagaian sebagai satu kekuatan.

Nama TUAH dipilih kerana membawa makna kejayaan, kecemerlangan dan keberuntungan yang dicapai melalui usaha, disiplin, ketekunan, kesetiaan dan perpaduan.

Demi memupuk semangat kebersamaan, tema Raikan Perpaduan dipilih sebagai tunjang kepada keseluruhan identiti Malaysia 2027 kerana perpaduan merupakan kekuatan sebenar Malaysia dan ASEAN.

Logo rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 direka dengan elemen yang menggambarkan aspirasi Malaysia menyatukan ASEAN melalui semangat kesukanan.

Setiap elemen dalam logo mempunyai simboliknya yang tersendiri dan saling melengkapi bagi membentuk sebuah identiti visual yang moden, dinamik dan mudah dikenali di peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Dr. Mohamed Taufiq Johari dalam ucapannya berkata,

“Tema kali ini akan menjadi cerminan semangat perpaduan yang berdaya tahan, dan memiliki kesinambungan masa depan sukan rantau ini. Tema ini juga akan menjadi seruan dan pencetus semangat kepada semua atlet untuk melangkaui had kemampuan mereka dalam mencapai kejayaan.”

“Logo yang direka melambangkan dinamisme, kepelbagaian budaya, dan keharmonian rakyat di Asia Tenggara, yang diadun dengan identiti Malaysia yang progresif.

“Maskot pula bukan sekadar identiti visual, malah melambangkan keberanian, semangat kesukanan yang dinamik, inovasi serta aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan berteraskan teknologi,” kata Taufiq dalam ucapannya pada majlis peluncuruan hari ini.

Peluncuran identiti rasmi itu menandakan perjalanan Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar di Asia Tenggara, sekali gus memperkukuh komitmen negara dalam menganjurkan Sukan SEA pada 18 hingga 29 September 2027 dan Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 Oktober 2027 secara inklusif, mampan dan bertaraf antarabangsa. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
Next: Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

Related Stories

ASICS Malaysia
  • Xtra

ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

podiumontour July 5, 2026
Tiket FURY Championship
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026
FURY Championship
  • Xtra

Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.