Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SOJC: Kebangkitan luar biasa Young Tigers jinakkan Jepun

podiumontour October 20, 2026 2 minutes read
SOJC

NAAVEENNASH melompat gembira selepas meledak gol ketiga Malaysia dalam kemenangan 4-2 ke atas Jepun pada aksi SOJC di Stadium Hoki Taman Daya hari ini. - JOHOR HOCKEY ASSOCIATION

TIGA gol dalam tempoh lima minit membuktikan skuad hoki remaja negara mempunyai kualiti untuk menghasilkan jaringan meskipun berada dalam keadaan tekanan tinggi ketika menewaskan Jepun 4-2 pada aksi Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 hari ini.

Young Tigers ketinggalan 1-2 sebelum mempamerkan kebangkitan dramatik dengan tiga gol dari minit ke-51 hingga 56 untuk mencatat kemenangan kedua dalam aksi di Stadium Hoki Taman Daya itu.

Ketua jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin memuji persembahan positif yang ditunjukkan barisan pemainnya yang tidak mengalah walaupun satu jaringan mereka dibatalkan sebelum terhasilnya gol penyamaan 2-2.

“Apabila Jepun menjaringkan gol pertama dan kita menyamakan kedudukan, kemudian mereka mendahului 2-1, kita masih mempunyai peluang. Tetapi kita dapat melihat tekanan mula dirasai kerana kita mahu menjaringkan gol.

“Jika kita dapat jaringkan gol daripada peluang yang ada, kita boleh menang. Sekarang mereka percaya apabila ketinggalan atau memerlukan gol, mereka mampu menjaringkannya,” katanya.

Jepun meraih dua gol menerusi Matsuko Mori (m-19) dan Rintaro Sakai (m-43), manakala satu jaringan Young Tigers dihasilkan oleh Hafiezuddin Mohd Ali melalui penalti stroke pada minit ke-27.

Tiga lagi gol Malaysia selepas itu diperoleh menerusi Aferull Syah Ahmad Azuan Syahrill (m-51), Naaveennash Paniker (m-56) dan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-56.

Dalam masa sama, Nor Saiful mengingatkan para pemain supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan tersebut memandangkan mereka bakal berdepan cabaran lebih getir menentang Pakistan esok.

“Pakistan berehat dua hari dan esok kita akan berjumpa mereka. Saya jangkakan pemain kita mungkin sedikit keletihan, jadi kita perlu tahu bagaimana untuk bermain dalam keadaan letih.

“Menentang Pakistan bukan mudah kerana saya lihat mereka antara pasukan terbaik. Kita juga akan ubah sedikit corak permainan untuk menghadapi mereka,” katanya. – PODIUM ON TOUR

FOTO – JOHOR HOCKEY ASSOCIATION

Post navigation

Previous: Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia
Next: Hafizuddin tak terkilan, sedia rebut semula No.1

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.