Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Aznil cipta sejarah, atlet pertama hatrik emas Sukan Komanwel

podiumontour July 27, 2026 2 minutes read
Aznil Bidin

AZNIL menunjukkan pingat emasnya yang dimenangi pada Sukan Komanwel Glasgow 2026. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KEJAYAAN yang cukup bersejarah berjaya dilakar badang angkat berat negara, Muhammad Aznil Bidin mencipta sejarah baharu sebagai atlet pertama memenangi tiga pingat emas di pentas Sukan Komanwel.

Awal pagi tadi, Aznil merangkul emas hatriknya dalam kategori 65kg di SEC Armadillo, Glasgow dengan jumlah angkatan keseluruhan 299kg, 133kg snatch dan 166kg clean & jerk.

“Dua Sukan Komanwel sebelum ini arwah mak saya masih ada, tetapi kali mak dah tak ada, dia meninggal dunia tahun lalu. Saya bawa sweater arwah ke sini sebagai pembakar semangat,” katanya yang dipetik daripada MSN Malaysia.

Lebih manis, ketiga-tiga jumlah itu memecahkan rekod Sukan Komanwel sekali gus meraih emas ketiganya selepas edisi Gold Coast 2018 dan Birmingham 2022.

Ia juga secara tak langsung mengatasi rekod jurulatihnya yang juga legenda angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang pernah menjuarai Manchester 2002 dan New Delhi 2010.

Pingat perak pada edisi Glasgow 2026 dimenangi Raja Muthupandi dari India dengan jumlah angkatan 286kg, manakala Morea Baru dari Papua New Guinea membawa pulang gangsa menerusi catatan 282kg.

Kejayaan Aznil melengkapkan hari gemilang skuad angkat berat negara selepas Mohamad Aniq Kasdan menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam kategori 60kg lelaki, manakala Irene Jane Henry menyumbang gangsa kategori 48kg wanita. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde
Next: Erry Hidayat raih emas, ikut jejak bapa di Komanwel

Related Stories

Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026
Jojo
  • Sukan Lain

Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash

podiumontour July 31, 2026
Aqilah
  • Sukan Lain

Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

podiumontour July 31, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.