Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers berkorban, cuma ada rehat 7 hari

podiumontour April 10, 2026 2 minutes read
speedy tigers

BRENDON (kiri) menerangkan perancangannya menghadapi tiga kejohanan utama pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional hari ini (10 April). - MHC

TIGA kejohanan utama dalam tempoh empat bulan adalah sesuatu yang amat mencabar buat Speedy Tigers hinggakan terpaksa membuat keputusan berat berjauhan dengan keluarga untuk satu masa lama.

Speedy Tigers akan beraksi di Piala Negara-Negara (Nations Cup) FIH di Cape Town, Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun diikuti Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium (15-30 Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun (19 September-4 Oktober).

Namun, itulah pengorbanan besar perlu dilakukan barisan pemain Speedy Tigers yang mana mereka cuma ada seminggu kualiti masa sepenuhnya bersama keluarga antara 1 Jun hingga 31 Ogos nanti.

Ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan menjelaskan perancangannya untuk Nations Cup dan Piala Dunia bagi memastikan skuad negara benar-benar bersedia menghadapi ‘peperiksaan’ sebenar iaitu Sukan Asia Aichi-Nagoya.

“Ini semua adalah perancangan awal ke Sukan Asia. Kami akan berlepas antara 5 atau 6 Jun ke Nations Cup dan satu aksi persahabatan diatur menentang Ireland.

“Kemudian selepas tamat Nations Cup, kami akan terbang ke Durban untuk 10 hari kem latihan termasuk lima aksi menentang Afrika Selatan dari 4-13 Julai sebelum pulang (ke Malaysia) pada 14 Julai.

“Pemain ada masa rehat seminggu bersama keluarga sebelum berlatih. Kami akan ke Belgium pada 1 atau 2 Ogos untuk kem latihan di Gantoise HC,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (10 April).

Carolan yang menggantikan Sarjit Singh pertengahan bulan lalu, berharap dapat aksi persahabatan menentang Perancis minggu pertama di Belgium dan Sepanyol pada 13 Ogos kemudian memulakan kempen Piala Dunia dua hari kemudian.

“Lawan kami di Piala Dunia, Belgium, Jerman dan Perancis adalah pasukan yang hebat. Kami perlukan perlawanan menentang pasukan hebat seperti ini supaya kami bersedia menentang India di Sukan Asia nanti,” jelasnya.

Segala pengorbanan ini bagi memastikan pemain bersedia seampuhnya dalam misi ke final dan menang pingat emas Sukan Asia sekali gus layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, menamatkan penantian sejak Sydney 2000.  – PODIUM ON TOUR

Perancangan Speedy Tigers

Afrika Selatan

Berlepas: Antara 5-7 Jun
Persahabatan vs Ireland (No.9 dunia): 8 Jun

NATIONS CUP 2026
11-20 Jun
Stadium Hartleyvale, Cape Town

Test Match
Riverside Hockey Complex, Durban
Berlepas dari Cape Town ke Durban: 21 Jun
Kem latihan: 21 Jun-3 Julai

5 Test Match VS Afrika Selatan (No.13 dunia)
4–13 Julai

PULANG KE KUALA LUMPUR: 14 JULAI

Belgium

Berlepas: Antara 1-3 Ogos
Kem latihan di HC Gantoise: 3-10 Ogos
Persahabatan VS France (No.10 dunia): Antara 3-9 Ogos

Hotel penginapan Piala Dunia: 10 Ogos
Persahabatan VS Sepanyol (No.7 dunia): 13 Ogos

PIALA DUNIA 2026
15-30 Ogos
Belfius Hockey Arena

PULANG KE KUALA LUMPUR: 31 OGOS

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: KYT Malaysia komited sokong pembangunan pelumba
Next: Jing Xuan ‘dicabar’ pecahkan rekod sebanyak mungkin

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.