Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jing Xuan ‘dicabar’ pecahkan rekod sebanyak mungkin

podiumontour April 10, 2026 1 minute read
Jing Xuan

JING XUAN berjaya meraih pingat perak lempar cakera Sukan SEA Thailand 2025 dengan rekod kebangsaan 52.17m. - OLAHRAGA MALAYSIA

TAHUN 2026 menjadi pentas buat atlet rejam lembing wanita negara, Ng Jing Xuan cuba memecahkan rekod kebangsaan sebanyak mungkin dalam usaha ke Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun pada September.

Jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid mahukan sekurang-kurangnya pertambahan 5 meter (m) daripada rekod kebangsaan dicipta Jing Xuan, 52.17m di Sukan SEA Thailand 2025.

Ia bukan perkara mustahil kerana Jing Xuan berjaya menunjukkan kenaikan prestasi sekitar 8m daripada rekod peribadi (PB) 2023, 44m kepada 52m tahun lalu.

“Kami fokus untuk tingkatkan jarak PB dan ranking dunia atau Asia, kita tumpu 2027. 2026 adalah tentang memecahkan PB atau NR (rekod kebangsaan) sebanyak mungkin.

“Dia dah tunjuk peningkatan 8m dalam kitaran makro Sukan SEA. Sekarang kena ubah pemikiran dan perancangan makro 4 tahun,” katanya kepada Podium On Tour.

Terbuka Singapura dari 15 hingga 17 April ini jadi platform pertama Jing Xuan sebelum Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan (2-3 Mei) dan Terbuka Taiwan (27-28 Mei).

“Saya akan cuba dapatkan keputusan terbaik untuk membantu saya memenangi pingat emas Sukan SEA 2027 dalam usaha layak ke Sukan Asia,” jelas Jing Xuan.

Buat masa ini, Jing Xuan cuma kurang 3m lebih untuk mengatasi catatan tempat keenam Sukan Asia Hangzhou 2022, 55.39m milik Sae Takamoto dari Jepun. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Speedy Tigers berkorban, cuma ada rehat 7 hari
Next: Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.