Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Izzatul Musfirah pilihan utama raja pecut SUKMA 2026

podiumontour August 15, 2026 1 minute read
Izzatul SUKMA

IZZATUL MUSFIRAH turut memenangi pingat emas 100m Kejohanan Olahraga Terbuka Jawa Tengah di Semarang, Indonesia bulan lepas.

BERDASARKAN prestasi semasa, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira menjadi pilihan utama untuk meraih pingat emas 100 meter (m), sekali gus bergelar ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Dua bulan lepas, Musfirah mencatat rekod peribadi (PB) 11.71s ketika meraih pingat perak Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026, tewas photo finish dengan Nur Aishah Rofina Aling.

Menariknya, catatan itu menjadi rekod baharu 100m bawah 20 tahun (B20) Malaysia.

Baru-baru ini, ratu pecut MSSM 2025 itu sekali lagi merekodkan masa memberangsangkan dengan catatan 11.72s di Kejohanan Olahraga B20 Dunia di Oregon, Amerika Syarikat.

Selain bintang muda Terengganu itu, masih ada beberapa pelari lain dilihat berpotensi untuk mencabar podium ataupun mencipta kejutan bergelar ratu pecut SUKMA 2026 seperti:

Nur Izzati Eliana Suhaidi
PB 12.05s (Perak)

Nabilah Natasya Azisyan
PB 12.19s (Johor)

Lim Mei Yin
PB 12.29s (Selangor)

Adakah juga rekod 100m SUKMA dicipta Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, 11.64s pada edisi Sarawak 2024 akan pecah?

Segalanya bakal terjawab di final 100m di Stadium UPM esok (16 Ogos). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Speedy Tigers janjikan tentangan sengit buat Jerman
Next: 3 gol awal Jerman jejas rentak Speedy Tigers

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.