Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?

podiumontour June 17, 2026 2 minutes read
Musfirah Rofina Terbuka Malaysia

AISHAH ROFINA (dua dari kiri) dan Musfirah (tiga dari kiri) berpeluang untuk bergelar ratu pecut Terbuka Malaysia kali ini. - PHILIPPINE ATHLETICS

KETIADAAN pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli tidak membuatkan saingan Terbuka Malaysia 2026 di Stadium UPM, Serdang dari 19 hingga 21 Jun ini kehilangan serinya.

Sebaliknya, ia membuatkan para peminat ternanti-nanti untuk menyaksikan siapa bakal ditabalkan ratu pecut Malaysia yang baharu selepas dua edisi berturut-turut sebelum ini dimenangi Zaidatul Husniah.

Menariknya, peluang seimbang buat kesemua pelari terutama lima pilihan utama seperti Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, Nur Aishah Rofina Aling, Azreen Nabila Alias Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Fatin Ilyana Mat Nayan.

“Berdasarkan perkembangan atlet pecut tahun ini susah nak jangka pemenang sebab catatan mereka hampir sama. Jadi kita tengoklah siapa yang mental kuat, siapa yang lebih bersedia akan menang.

“Kalau ada rezeki, mungkin boleh pecahkan rekod. Tapi kalau dapat buat PB (rekod peribadi) pun dah cukup bagus sebab mereka masih muda. Jadi ini peluang yang sangat baik buat mereka,” kata Zaidatul Husniah kepada Podium On Tour.

Zaidatul Husniah yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 11.49s dicipta dua tahun lalu, terpaksa menarik diri dan berehat Panjang lebih sembilan bulan kerana sedang hamil cahaya mata pertamanya.

Untuk tahun ini, bintang 400m negara, Shereen Samson Vallabouy memegang ranking 100m Malaysia dengan catatan 11.78s diikuti Izzatul Musfirah di tempat kedua menerusi masa 11.86s dilakukan ketika meraih pingat gangsa Terbuka Filipina baru-baru ini.

Bekas ratu pecut Terbuka Malaysia 2022, Nur Aishah Rofina Aling pula di tempat ketiga dengan catatan tahunan terbaik tahun ini, 11.90s dilakukan ketika meraih tempat keempat Terbuka Filipina 2026.

Dua pelari pecut UPSI, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Fatin Ilyana Mat Nayan juga berpeluang berdasarkan pencapaian masing-masing bergelar ratu pecut Varsity Track & Field (VTF) 1 dan 2 tahun ini.

Begitu juga olimpian negara yang beraksi di Olimpik Tokyo 2020, Azreen Nabila Alias apabila kembali beraksi dengan meraih naib juara VTF 2 awal bulan ini. – PODIUM ON TOUR

Top 6 Ranking 100m Malaysia 2026
(setakat 17 Jun 2026)

Shereen Samson Vallabouy – 11.78s
Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira – 11.86s
Nur Aishah Rofina Aling – 11.90s
Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka – 11.97s* (+2.2) & 12.19s
Fatin Ilyana Mat Nayan – 12.29s
Azreen Nabila Alias – 12.34s

KREDIT FOTO – PHILIPPINE ATHLETICS

Post navigation

Previous: Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi

Related Stories

Azeem Fahmi
  • Olahraga

Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi

podiumontour June 17, 2026
Azeem Auburn
  • Olahraga

Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia

podiumontour June 11, 2026
Aiman Najmi
  • Olahraga

Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi

podiumontour June 10, 2026

Recent Posts

  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi
  • Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir
  • Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa
  • Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.