Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers ketahui lawan di Nations Cup 2026

podiumontour April 28, 2026 2 minutes read
nations cup

SKUAD hoki negara akan berhadapan Scotland, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan dalam saingan Kumpulan A Nations Cup 2026 di Afrika Selatan dari 11 hingga 20 Jun nanti. - MHC

PELUANG skuad hoki lelaki negara ke separuh akhir Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2026 di Cape Town dari 11 hingga 20 Jun ini tidak mudah seperti disangka berdasarkan saingan Kumpulan A.

Namun, Speedy Tigers boleh bersyukur kerana tidak berada di Kumpulan B yang dilihat lebih sukar membabitkan dua pasukan dalam kelompok 10 dunia, Ireland (No.9) dan Perancis (No.10).

Dua lagi pasukan dalam Kumpulan B adalah tuan rumah, Afrika Selatan di ranking ke-13 dunia dan Amerika Syarikat (No.22 dunia).

Justeru, Speedy Tigers perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang disebabkan status mereka sebagai pasukan ranking kedua terbaik Kumpulan A, No.14 dunia bersama New Zealand di tangga ke-11 dunia.

Tiga lagi pasukan dalam Kumpulan A adalah Jepun di tangga ke-15 dunia, Scotland (No.17 dunia) dan Korea Selatan (No.20 dunia).

Ini juga menjadi peluang terbaik buat skuad bimbingan Brendon Carolan untuk menebus kekakalahan 4-5 kepada Jepun dalam penentuan tempat ketiga dan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir awal bulan lalu.

Sebagai rekod, dua pasukan terbaik peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir yang mana pemenang ditawarkan slot beraksi dalam Liga Pro FIH musim depan. – PODIUM ON TOUR

H2H 3 aksi terakhir Malaysia

VS Scotland (11 Jun)
2-1 Sukan Komanwel 2018
2-1 Sukan Komanwel 2014
3-2 Kelayakan Piala dunia 2010

VS Jepun (12 Jun)

4-5 Kelayakan Piala Dunia 2026
2-1 Nations Cup 2024
4-4 (2-4 SO) Trofi Juara Asia 2024

VS New Zealand (16 Jun)

1-6 Piala Sultan Azlan Shah 2025
2-2 Piala Sultan Azlan Shah 2025
3-4 Nations Cup 2024

VS Korea Selatan (17 Jun)

4-3 Piala Sultan Azlan shah 2025
4-3 Piala Asia 2025
1-4 Piala Asia 2025

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Trofi PSA 15k lonjak semangat Ainaa Amani
Next: Maybank buktikan pencabar serius kejuaraan MHL

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.