Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland

podiumontour June 10, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

MARHAN (dua dari kanan) dan semua kapten pasukan bergambar dengan trofi Nations Cup yang menjadi rebutan. - SA HOCKEY

SKUAD hoki negara perlu meneruskan rekod kemenangan bersih ke atas Scotland menjelang aksi pertama Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 menentang Scotland di Stadium Hartleyvale esok (6.15pm 11 Jun).

Malaysia di ranking ke-14 dunia, tidak pernah tewas dalam tiga pertemuan menentang Scotland (No.17 dunia) sejak kali pertama berentap dalam saingan Kelayakan Piala Dunia menerusi kemenangan 3-2 pada 12 November 2009.

Dua pertemuan selepas itu turut meraih keputusan positif apabila menang 2-1 pada klasifikasi 7&8 Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan 2-1 dalam penentuan tempat 5/6 di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Justeru, kapten Speedy Tigers, Muhammad Marhan Jalil menegaskan, mereka akan turun dengan mentaliti kemenangan menjelang aksi pertama Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 menentang Scotland di Stadium Hartleyvale esok (6.15pm 11 Jun).

Kemenangan ke atas Scotland amat penting untuk meningkatkan motivasi Speedy Tigers mengharungi kempen Kumpulan A pada saingan di bumi Cape Town, Afrika Selatan itu.

“Perlawanan pertama sentiasa penting untuk mengutip tiga mata dan dalam masa sama menambah keyakinan pasukan. Saya harap pemain semua terapkan ‘winning mentality’ dan bermain sebagai satu pasukan,” kata kapten Speedy Tigers, Muhammad Marhan Jalil.

Selepas lapan tahun tidak bertemu, Scotland tetap tidak boleh dipandang mudah kerana lawan dari Eropah itu muncul juara Piala Negara-Negara 2, menewaskan Mesir 4-2 pada final edisi 2024-25 yang melayakkan mereka beraksi di Afrika Selatan kali ini.

“Ia satu peluang yang bagus untuk kami menentang beberapa pasukan yang berada di ranking lebih tinggi. Sasaran kami juga cukup tinggi di sini” kata kapten Scotland.

Kemenangan pastinya akan melonjakkan lagi semangat dan keyakinan Speedy Tigers untuk mengharungi baki tiga lagi aksi dalam Kumpulan A menentang Jepun (12 Jun), New Zealand (16 Jun) dan Korea Selatan pada 17 Jun nanti.

Keputusan positif di Piala Negara-Negara ini amat penting bukan saja untuk memperbaiki ranking dunia Speedy Tigers tetapi ia turut menawarkan slot ke Liga Pro FIH 2026-27. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SA HOCKEY

Post navigation

Previous: Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi
Next: Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia

Related Stories

Nik Jeremy
  • Hoki

Nik Jeremy menang Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18

podiumontour June 7, 2026
Malaysia
  • Hoki

Malaysia raih tempat keempat Piala Asia B18

podiumontour June 6, 2026
Nik Aiman
  • Hoki

7 tahun menunggu, Nik Aiman berkorban buat Malaysia

podiumontour June 6, 2026

Recent Posts

  • Auburn rekod masa ke-14 terpantas 4x100m dunia
  • Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland
  • Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi
  • Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil
  • Nikos impi terpantas di Terbuka Malaysia 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.