Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kejayaan Umar beri inspirasi kepada Aiman Najmi

podiumontour June 10, 2026 2 minutes read
Aiman Najmi

AIMAN NAJMI turun beraksi buat kali pertama dalam acara 400m tahun ini sewaktu Terbuka Singapura pada April lalu. - OLAHRAGA MALAYSIA

PELARI pelapis kebangsaan, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar menjadikan kejayaan Umar Osman sebagai inspirasi untuk dia cuba mencipta rekod peribadi (PB) 400 meter (m).

Umar baru sahaja mengukir nama sebagai pelari 400m pertama negara mencatat masa bawah 45 saat (s) bagi acara 400m selepas mencipta rekod baharu Malaysia dengan catatan 45.73s di Terbuka Taiwan baru-baru ini.

Aiman Najmi juga masih segar dengan kejayaannya meraih pingat perak 400m lari berpagar Varsity Track & Field (VTF) 2 menerusi PB 51.49s di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada Jumaat lalu.

Persaingan sengit diberikannya itu antara faktor yang ‘menarik’ Muhammad Fakrul Afizul Nasir sehingga berjaya mencipta rekod baharu 400m lari berpagar Malaysia dengan masa 50.73s.

Kali ini, Aiman Najmi, 21, mendapat peluang bersama-sama Umar mewakili Malaysia selain Shereen Samson Vallabouy pada saingan Terbuka Hong Kong dari 12 hingga 14 Jun ini.

“Alhamdulillah syukur ada peningkatan hari demi hari. Harapan saya di Hong Kong nanti supaya dapat sekitar 46s hingga 47s. Saya akan cuba yang terbaik di sana,” katanya kepada Podium On Tour.

PB Aiman Najmi bagi acara 400m adalah 47.57s dilakukan ketika saingan Cahya Mata di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2025.

Aksi di Hong Kong kali ini akan menjadi perlumbaan 400m kedua buat penuntut UPM itu selepas dia mencatat 48.43s di Terbuka Singapura pada April lalu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Pengorbanan, kerja keras Shereen mula tuai hasil
Next: Speedy Tigers mahu kekal rekod bersih lawan Scotland

Related Stories

Shanti Pereira
  • Olahraga

Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

podiumontour July 31, 2026
Eljoe
  • Olahraga

Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

podiumontour July 29, 2026
Latif Romly
  • Olahraga

Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

podiumontour July 29, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.