Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem tutup mulut pengkritik, hampiri masa 10.09s

podiumontour May 28, 2026 2 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM merekodkan catatan tahunan baharu 10.13s sewaktu meraih tempat kedua saringan 4 acara 100m Kelayakan NCAA pagi tadi (28 Mei). - AUBURN TRACK & FIELD

PELARI terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi membuktikan dia terus berada pada landasan tepat dengan mencipta catatan tahunan terbaik (SB) 2026 dengan masa 10.13 saat (s) di Lexington, Amerika Syarikat pagi tadi (28 Mei).

Azeem merekodkan masa itu ketika menamatkan saringan 4 acara 100 meter (m) Kelayakan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di tempat kedua, sekali gus menjadi 12 peserta terpantas keseluruhan di peringkat berkenaan.

Catatan itu pastinya melonjakkan semangat dan keyakinan Azeem kerana ia semakin hampir dengan rekod 100 meter (m) kebangsaannya, 10.09s dicipta pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia empat tahun lalu.

“Satu langkah lagi. Alhamdulillah syukur, fokus sekarang hanya untuk habiskan larian tanpa sebarang kecederaan. Teruskan menyokong saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Kini, atlet berusia 22 tahun dari Teluk Intan, Perak itu perlu memastikan dia sekali lagi berada dalam kelompok 12 terpantas pada aksi suku akhir yang akan berlangsung awal pagi Sabtu ini (30 Mei).

Jika berjaya, ia akan melayakkan Azeem buat kali pertama acara individu 100m NCAA di Oregon dari 10 hingga 13 Jun ini walaupun dia sebenarnya berstatus juara dua kali berturut-turut bersama kuartet 4x100m Universiti Auburn.

Sebelum ini pemenang pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou 2022 itu pernah mencetak 10.08s di East Coast Relays awal bulan ini tetapi ia tidak diiktiraf kerana menerima bantuan angin tinggi +4.1ms.

Selain Azeem, empat rakan sepasukannya di Auburn turut melayakkan diri ke suku akhir bermula Kanyinsola Ajayi dengan rekod peribadi cukup mengagumkan 9.90s sebagai pelari terpantas keseluruhan peringkat saringan.

Seterusnya Israel Okon di tempat ketiga keseluruhan (10.02s), Tyler Davis di tempat kelima keseluruhan (10.05s) dan Omari Lewis di tempat ke-19 keseluruhan (10.21s). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – AUBURN TRACK & FIELD

Post navigation

Previous: Dzul Danish buru kelayakan Kejohanan Dunia B20
Next: Speedy Tigers siap sedia banggakan Malaysia di Cape Town

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.