Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi

podiumontour June 17, 2026 2 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM bakal menghangatkan Terbuka Malaysia apabila mengesahkan penyertaannya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. - AZEEM FAHMI

PELARI terpantas negara, Muhammad Azeem Fahmi kini sudah bersedia memulakan ‘fasa baharu’ dalam perjalanan mengejar impian selepas menutup kisah hebatnya bersama Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS).

Azeem menempa pelbagai kejayaan sepanjang empat tahun penuh warna-warni bersama Auburn walaupun penamatnya kurang enak apabila terlepas gelaran hatrik NCAA dalam acara 4x100m minggu lalu.

Malah, Azeem berjaya membuktikan 10.09 saat (s) dilakukannya sebelum menyertai Auburn bukannya nasib semata-mata apabila dia sekali lagi mengulangi catatan itu sebelum meninggalkan bumi AS.

Kini, tiba masanya Azeem mengejar impian menjadi rakyat Malaysia pertama dengan catatan bawah 10s tanpa ‘bantuan’ Auburn bermula dengan Terbuka Malaysia akan berlangsung di Stadium UPM, Serdang dari 19 hingga 21 Jun ini.

Ia juga bakal menjadi penampilan pertama Azeem di tanah air sendiri sejak kali terakhir dia beraksi Ketika menjuarai Terbuka Malaysia 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2024.

“4 tahun, 4 musim yang hebat. Penuh naik dan turun. Sungguh luar biasa melihat kembali dan menyedari betapa banyaknya saya berkembang sejak hari pertama saya menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“Terlalu banyak podium, rekod dan pencapaian. Saya belajar bagaimana untuk menang, kalah, dan bersyukur atas setiap peluang. Tiada trofi dalam perlumbaan terakhir, tetapi saya bangga dengan segala saya capai bersama pasukan ini.

“Sekarang tiba masanya untuk saya melangkah ke satu lagi fasa dalam hidup untuk terus mengejar impian yang telah lama saya impikan. Saya tahu ia tidak mudah, tetapi tiada risiko, tiada ganjaran. Yang terbaik masih belum tiba,” katanya.

Pastinya tekanan dan jangkaan tinggi menanti Azeem untuk bergelar raja pecut Malaysia selari dengan statusnya sebagai pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s.

Peminat juga tentunya tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan Azeem dengan bintang-bintang muda seperti pemegang rekod 200m Malaysia yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, Danish Iftikhar Muhammad Roslee. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – AZEEM FAHMI

Post navigation

Previous: Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir
Next: Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?

Related Stories

Shanti Pereira
  • Olahraga

Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel

podiumontour July 31, 2026
Eljoe
  • Olahraga

Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

podiumontour July 29, 2026
Latif Romly
  • Olahraga

Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

podiumontour July 29, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.