Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Squibb dari Olimpik ke MHL, ratu PC Australia ledak 4 gol

podiumontour May 2, 2026 2 minutes read
Penny Squibb

SQUIBB mempamerkan kelas tersendiri dengan meledak empat gol dalam aksi pertama Territory Stingers hari ini (2 Mei).

KEHADIRAN Penny Squibb yang pernah beraksi di dua Sukan Olimpik dan memenangi tempat ketiga Piala Dunia secara tak langsung meningkatkan kualiti Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita ke satu tahap berbeza.

Biarpun baru bersara dari pentas antarabangsa hujung tahun lalu, namun sentuhan Squibb, 33, masih berbisa terutama dari segi pukulan sudut penalti (PC).

Squibb meledak empat gol PC membantu kelab Australia, Territory Stingers menang 5-2 ke atas Perak dalam aksi pertama mereka di pentas MHL 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (2 Mei).

Ia sekali gus melonjakkan tonggak pertahanan itu berkongsi tangga kedua carta penjaring terbanyak MHL bersama Fatin Shafika Mahd Sukri (Negeri Sembilan), cuma satu di belakang Nuramirah Shakirah Zulkifli (Negeri Sembilan).

“Satu permulaan yang baik untuk menang aksi pertama kerana kami baru sahaja tiba di sini semalam (kelmarin). Ia satu perlawanan yang positif dan saya harap kami dapat teruskan progress yang bagus sepanjang kejohanan.

“Saya tidak bermain di sini tahun lepas, jadi ini kali pertama saya berada di Malaysia. Ia satu penghormatan yang besar dapat mewakili pasukan dan saya tidak sabar untuk merasai pengalaman di sini.

“Saya bersara daripada aksi antarabangsa hujung tahun lalu, jadi ia memberikan saya peluang untuk bermain di sini,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Squibb pernah menaiki pelbagai podium antarabangsa bersama Australia termasuk pingat perak Sukan Komanwel 2022, emas Piala Oceania 2023 dan tempat ketiga Piala Dunia 2022 menjadi pencapaian tertinggi dalam kariernya.

Selain itu, Squibb juga pernah beraksi di Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 yang menyaksikan kedua-duanya Hockeyroos tewas di suku akhir, tewas 0-1 kepada India serta 2-3 di tangan China.

Pastinya, kehadiran Squibb dalam skuad Territory Stingers yang kelihatan begitu berbeza berbanding edisi lalu, menguatkan harapan mereka membawa pulang trofi MHL dan Piala Vivian May Soars ke Australia. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Queenie tak boleh menyerah, perlu bangkit di Jepun
Next: Penangan luar biasa Jonah cipta rekod kebangsaan

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.