Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Queenie tak boleh menyerah, perlu bangkit di Jepun

podiumontour May 2, 2026 2 minutes read
Queenie

QUEENIE membuat lemparan terbaik sejauh 48.77m pada Kejohanan Balingan Asia di Mokpo hari ini (2 Mei). - OLAHRAGA  MALAYSIA

KEGAGALAN ke final dan menamatkan Kejohanan Balingan Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan hari ini (2 Mei) di kedudukan kesembilan bukan sesuatu yang menjadi kegusaran buat pemegang rekod lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni.

Queenie terlepas peluang menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik apabila hanya ketinggalan 0.77 meter (m) dalam tiga lemparan pertamanya untuk memecah masuk aksi final.

Namun, Queenie dengan rekod kebangsaan 52.77m, mengambilnya dari sudut positif dan tekad memberikan prestasi jauh lebih baik dalam kejohanan seterusnya Minami Memorial Athletics Meet di Stadium Yanmar, Osaka, Jepun pada 10 Mei ini.

“Cuaca hari ini sangat bagus, sejuk. Pengalaman yang baharu dan saya suka cuaca seperti ini. Warm up pun seronok, tapi semasa pertandingan tak menjadi, saya akan buat lebih baik di Jepun nanti.

“Ini sesuatu yang saya perlu perbaiki sebab saya jadi tergesa-gesa apabila nakkan sangat sesuatu. Jurulatih pun ada tegur dari segi teknik keras dan ia perlu dibetulkan,” katanya.

Queenie, 29, menamatkan saingan di Mokpo dengan catatan terbaik 48.77m selepas kurang menjadi di lemparan pertamanya, 46.84 dan balingan keduanya pula batal.

Pingat emas menjadi milik atlet China, Huang Jingru dengan catatan 56.55m dan rakan senegaranya, Ma Chenyi di tempat kedua (55.32m), manakala gangsa diraih Maki Saito dari Jepun (54.68m).

“Masih okey, jangan pernah menyerah, kita perlu bangkit dan lawan. Kita harap dia (Queenie) bangkit di kejohanan minggu depan di Jepun,” kata jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Tengku Nasrul mahu sarung kembali jersi Speedy Tigers
Next: Squibb dari Olimpik ke MHL, ratu PC Australia ledak 4 gol

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.