Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SSBJ Juniors ke final Div 2 (Central) MJHL

podiumontour June 27, 2026 2 minutes read
SSBJ Juniors MJHL

PARA pemain SSBJ Juniors meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan Akademi Hoki MBPJ di Stadium Hoki Nasional hari ini (26 Jun).

SSBJ Juniors melangkah ke final Divisyen 2 (Central) Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2026 selepas menewaskan Akademi Hoki MBPJ 2-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (26 Jun).

Menanti di final Div 2 Central pada Ahad ini (28 Jun) adalah PHPT Thunderbolts selepas menewaskan SSN Predator Boys 4-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung hari ini.

Aksi final itu untuk menentukan lawan dari kumpulan North bakal dihadapi SSBJ Juniors dan PPHT Thunderbolts di peringkat separuh akhir nanti dengan pemenang akan layak ke Piala TNB sekali gus layak ke Divisyen 1 MJHL tahun depan.

Bagi ketua jurulatih SSBJ Juniors, Che Mohd Nasa’i Che Ramli, beliau berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan anak-anak buahnya yang mana mereka terkandas di suku akhir musim lalu.

“Ini adalah pasukan pembangunan dan kita tiada pemain yang berumur 18 atau 19 tahun, purata pemain kita dalam 16 tahun. Namun, kita tetap letakkan sasaran untuk layak ke Divisyen 1.

“Setakat ini saya anggap ia satu pencapaian sebab kita dah melepasi tahap yang sepatutnya. Pemain-pemain memang tengah bersemangat untuk mengejar gelaran juara tahun ini (Divisyen 2).

“Jadi misi kita belum selesai kerana apa yang penting adalah separuh akhir pada 1 Julai nanti. Kita ada cukup-cukup 18 pemain, jadi saya harap tiada pemain kita yang alami kecederaan,” katanya kepada Podium On Tour.

Dua gol SSBJ Juniors ke atas Akademi Hoki MBPJ diperoleh menerusi jaringan padang Muhammad Aqeef Firdaus Adi Saifullizam dan pukulan sudut penalti (PC) Muhammad Hakim Suhaimi pada minit ke-41 serta 45.

PPHT Thunderbolts pula mara ke final Div 2 Central melalui dua jaringan PC daripada Muhammad Aqil Farish Mohd Fadli pada minit keempat dan 14.

Dua lagi jaringan skuad bimbingan Muhammad Syukuri Mazlan itu diraih hasil gol padang Muhammad Akmal Zafri Mohd Sukri dan Muhammad Aizat Muhammad Akhera pada minit ke-26 serta 47.

SSN Predator Boys berputih mata apabila sekadar menjaringkan dua gol menerusi Muhammad Zakirin Abd Rahim dan Khalis Ierfan Farizal pada minit ke-24 serta 44. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026
Next: Ramkhamhaeng juara Piala Badminton Universiti ASICS 2026

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.