Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

THT belum menyerah, tunggu trio Pakistan sampai

podiumontour October 16, 2026 2 minutes read
THT MHL

THT berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas UiTM pada aksi MHL 2026 di Stadium Hoki TNB, UNITEN semalam (15 Oktober).

JUARA bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) enggan mengibarkan bendera putih untuk memburu satu gelaran musim ini, Piala TNB selepas peluang mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) dilihat agak sukar.

Berdasarkan situasi semasa, THT masih memiliki peluang untuk menamatkan saingan sebagai naib juara MHL 2026 dengan syarat perlu menewaskan pasukan di tempat kedua, Maybank dalam pertemuan pada 12 November ini.

Harapan untuk memburu tempat teratas dilihat begitu sukar disebabkan kelebihan besar dimiliki TNB ThunderStar yang kini mengumpul 31 mata, 10 mata mengatasi THT di tempat ketiga.

Disebabkan itu, ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom berharap trio import baharu dari Pakistan diketuai Sufyan Khan, Rana Abdul Waheed Ashraf dan Abdul Hannan Shahid sempat beraksi untuk baki saingan liga.

“Kita tak pasti bila mereka akan datang sebab itu tugas pengurusan dan saya cuma menyiapkan skuad yang ada sebaik mungkin. Harapnya dapat datang November nanti supaya kita akan ada lebih manpower.

THT MHL
SUFYAN (tengah) merupakan watak penting kejayaan Pakistan memenangi pingat gangsa Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. – ASIAN HOCKEY FEDERATION

“Dari sudut barisan kejurulatihan, memang ia satu bonus untuk pasukan. Kita akan ada tambahan tenaga dan kekuatan di bahagian pertahanan selain pilihan untuk PC (pukulan sudut penalti) juga lebih banyak,” katanya kepada Podium On Tour.

Sufyan bukan nama asing di Malaysia kerana dia pernah menjadi penjaring ketiga terbanyak MHL 2025 dengan 13 gol ketika mewakili Kelab Hoki Matador bersama-sama Rana dan Hannan.

Sejak diikat TNB Thunderbolts 3-3 dalam aksi pertama pusingan kedua liga pada 9 Oktober lalu, THT Berjaya merekodkan dua kemenangan berturut-turut, menewaskan Pahang 6-0 dan UiTM HA-KPT 2-0 semalam (15 Oktober).

“Kita belum menyerah kalah dan kita akan terus mencabar lagi untuk mendapatkan kedudukan terbaik pada akhir liga nanti. Apa sahaja boleh berlaku, jadi kita akan terus berusaha perbaiki setiap kelemahan yang ada,” jelas Harfizi.

THT masih berbaki empat aksi liga menentang Armed Forces (10 November), Maybank (12 November), TNB ThunderStar (14 November) dan Territory Stingers (15 November) sebelum aksi separuh akhir Piala TNB berlangsung pada 6 Disember. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: TNB Thunderstar ‘sebelah kaki’ julang gelaran MHL 2026
Next: Semangat Nabil ‘berapi’, intai penjaring terbanyak SOJC

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.