Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

UPSI ‘kilang baharu’ pecut wanita, pecah rekod VTF

podiumontour April 18, 2026 2 minutes read
UPSI 4x100m

WARDATUL (dari kanan), Mis'Ezatul, Fatin dan Izzati bergambar dengan pingat emas 4x100m VTF 1 di USM hari ini (18 April).

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dianggap ‘kilang’ baharu pelari-pelari  pecut wanita yang berpotensi menjadi aset masa depan skuad olahraga kebangsaan.

Terbaharu, kuartet 4x100m wanita UPSI mencipta rekod baharu Varsity Track & Field (VTF) pada Siri 1 2026 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hari ini (18 April).

Mereka memenangi pingat emas dengan catatan 47.17 saat (s), memadam rekod lama 47.46s yang turut dicipta oleh kuartet UPSI pada Grand Final VTF tahun lepas.

Tunjang utama kejayaan kuartet UPSI sudah tentu menerusi Nur Wardatul Huwaida Mohd Hamka, 23, yang baru sahaja bergelar ratu pecut 100m dengan catatan 11.97s semalam.

Melengkapkan kuartet 4x100m UPSI ialah Fatin Ilyana Mat Nayan, 23, Mis’Ezatul Shafieqa Sapawi, 20, dan Nur Izzati Eliani Suhaidi, 19.

Menariknya, mereka berempat berada dalam Top 5 final 100m semalam bermula Wardatul (emas), Fatin Ilyana (gangsa), Mis’Ezatul (No.4) dan Izzati Eliani (No.5).

Antara mereka, Wardatul paling menyerlah kerana pernah beraksi 200m di Sukan SEA Thailand 2025 dan juga kuartet 4x100m kebangsaan yang kemudian menarik diri kerana kecederaan Zaidatul Husniah Zulkifli.

Namun, rekod 4x100m wanita kebangsaan masih jauh untuk diatasi iaitu 44.58s dicipta Zaidatul, Azreen Nabila Alias, Aishah Rofina Aling dan Afrina Batrisyia Mohamad Rizal.

Sementara itu, Afrina Batrisyia yang meraih tempat kedua 100m semalam, membantu kuartet 4x100m Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat perak (48.74s).

Pingat gangsa dimenangi Politeknik Malaysia menerusi catatan 50.08s. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: THT tak boleh tercicir mata kali ketiga berturut
Next: VTF pentas Sadat ‘panas badan’ sebelum Mokpo

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.