Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Chongqing ujian awal Adam Haqimi kejar impian

podiumontour May 12, 2026 2 minutes read
Adam Haqimi Chongqing

ADAM akan membuat penampilan pertamanya di pentas senior pada Kejohanan Lompatan Asia di Chongqing dari 18 hingga 19 Mei ini.

PELAPIS lompat jauh negara, Adam Haqimi Azrail mahu memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi dalam kejohanan senior antarabangsa pertamanya pada Kejohanan Lompatan Asia 2026 di Chongqing, China dari 18 hingga 19 Mei ini.

Bagi Adam, pingat gangsa dengan catatan 7.19m pada Varsity Track & Field (VTF) 1 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bulan lepas menjadi permulaan musim 2026 yang baik.

Oleh sebab itu, Adam menganggap aksi di Chongqing sebagai ujian terbaik untuk mengukur potensi kemampuannya dalam usaha mencapai sasaran jangka pendek iaitu layak ke Sukan SEA Malaysia 2027.

“Terkejut juga sebab ini kali pertama saya sertai kejohanan peringkat senior di luar negara. Biasa pergi untuk remaja sahaja, jadi rasa gembira dan akan buat persediaan rapi,” katanya kepada Podium on Tour.

Bagi memastikan peluangnya cerah, Adam perlu perbaharui PB dengan jarak antara 7.6m hingga 7.7m menjelang akhir tahun ini sebelum memikirkan mengenai sasaran jangka panjang, layak ke Sukan Olimpik Brisbane 2032.

Untuk tahun 2026, Adam pastinya menyasarkan pencapaian gemilang pada Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Universiti ASEAN (AUG).

“Impian setiap atlet adalah Sukan Olimpik. Mustahil untuk (Olimpik) terdekat (Los Angeles 2028) dan tahun 2032 lebih logik sebab umur saya sudah 26 tahun, boleh katakan waktu kemuncak,” jelasnya.

Adam dengan rekod peribadi (PB) 7.29 meter (m), juga langsung tidak menjangka namanya tersenarai beraksi pada kejohanan edisi pertama itu, lebih-lebih lagi mewakili Malaysia bersama Andre Anura Anuar, idolanya sejak berumur 13 tahun.

“Dapat bersaing wakil Malaysia satu kebanggaan buat saya. Dulu jauh di bawah, sekarang dapat bersaing di podium yang sama,” kata Adam yang pernah meraih pingat perak Kejohanan Bawah 20 tahun Asia Tenggara di Indonesia tahun lalu.

Selain Adam dan Andre (lompat jauh), Izzul Haniff Mohd Raffi akan beraksi acara lompat kijang dan pastinya dia bertekad untuk memperbaiki catatan 15.53m ketika meraih pingat perak Terbuka Singapura bulan lalu.

Empat lagi wakil Malaysia di Chongqing ialah Nurkhaleesa Yasmin Awang (lompat kijang), Nurliyana Kamaruddin (lompat tinggi) dan dua atlet lompat bergalah, Nor Sarah Adi serta Muhammad Hafidzul Ain. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: TNB Thunderstars ‘bangkit dari tidur’ rampas puncak liga
Next: TNB teruskan komitmen perkasa hoki, taja MHC RM25 juta

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.