Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

TNB Thunderstars ‘bangkit dari tidur’ rampas puncak liga

podiumontour May 11, 2026 2 minutes read
TNB Thunderstars

FAIZ HELMI (kanan) melengkapkan kemenangan TNB dengan gol ketujuh ke atas Armed Forces di Stadium Hoki Nasional hari ini (11 Mei).

DIKEJUTKAN dengan gol minit pertama daripada Armed Forces HT sememangnya memberi tamparan hebat kepada TNB Thunderstars meskipun memenangi aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 itu dengan keputusan 7-2.

Ketua jurulatih TNB Thunderstars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor mengakui barisan pemainnya kelihatan bergelut untuk mencari jaringan hinggakan beliau terpaksa menukar beberapa taktikal bagi menggerakan struktur permainan.

“Pemain ATM ada kepantasan, fizikal mereka kuat dan boleh berlari sejam. Setiap kali kita dapat bola dalam kawasan D, pasti ada yang ikut dan cuba tackle bola.

“Sebagai jurulatih, dari luar nampak mereka bergelut. Nak dapat satu ke dua gol pun ambil masa lama. Ada beberapa pemain off form, bukan di permainan sebenar.

“Boleh katakan ini] ujian yang baik dan wake up call sebelum bertemu UiTM dan Maybank untuk dua aksi terakhir (fasa pertama liga) Rabu dan Sabtu ini,” katanya kepada Podium on Tour.

Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd Jalil mencipta kejutan dengan gol padang seawal minit pertama sebelum TNB bangkit mendahului 4-1 di suku kedua melalui Azrai Aizad Abu Kamal, Nik Aiman Nik Rozemi, Jang Jonghyun dan Naaveennash Panicker.

Armed Forces mendapat gol kedua melalui Tg Adam Khaeryl Tg Norkamarulhaizan pada minit ke-34, namun jaringan ketiga mereka selepas itu dibatalkan pengadil.

TNB memperkemaskan permainan dan berhasil menambah tiga lagi gol menjadikan kedudukan 7-2 di suku terakhir menerusi dua pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan dan satu jaringan padang menarik Faiz Helmi Jali. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Klinik NSL buka laluan bakat muda ke pentas profesional
Next: Chongqing ujian awal Adam Haqimi kejar impian

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.