Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Klinik NSL buka laluan bakat muda ke pentas profesional

podiumontour May 11, 2026 2 minutes read
Klinik NSL

BARISAN pemain Terengganu Marvels yang menjuarai NSL 2026 turut hadir memeriahkan siri terakhir Klinik NSL.

SIRI Klinik Netball Super League (NSL) 2026 melabuhkan tirainya dengan sambutan memberangsangkan melibatkan lebih 1,000 pelajar dan belia menerusi lima siri penganjuran musim ini di sekolah serta institusi pengajian tinggi terpilih.

Memasuki musim ketiga, Klinik NSL terus mendapat perhatian sebagai platform pembangunan akar umbi dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan institusi pendidikan yang melihat sukan sebagai medium membina keyakinan, disiplin dan potensi generasi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, Klinik NSL mencerminkan komitmen mereka memainkan peranan lebih besar daripada sekadar platform penyiaran dan kandungan sukan.

“Melalui Klinik NSL, kami komited untuk memanfaatkan platform dan capaian yang kami miliki bagi membantu membentuk laluan pembangunan bakat akar umbi yang lebih tersusun dan berterusan.

“Kami percaya pembangunan sukan perlu bermula dari peringkat akar umbi dengan akses, peluang dan pendedahan yang betul agar lebih ramai bakat muda dapat berkembang secara serius,” katanya.

Klinik NSL
ANTARA peserta terbaik yang terpilih ke Boot Camp Klinik NSL.

Siri penutup Klinik NSL musim ini berlangsung di SMK Seri Tasik, Cheras dengan kehadiran hampir 300 pelajar termasuk daripada beberapa sekolah berhampiran sekitar Kuala Lumpur.

Selain empat siri Klinik NSL terbuka di universiti terpilih sekitar Lembah Klang, program ini turut diperluaskan ke Perak bagi membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada bakat muda bola jaring.

Walaupun majoriti lokasi Klinik NSL di sekitar Lembah Klang, program ini turut menerima penyertaan daripada pelajar luar dari Kedah, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan demi merebut peluang ke peringkat seterusnya.

Seramai 20 peserta terbaik terdiri daripada pelajar sekolah dan mahasiswa universiti dipilih untuk menyertai Klinik NSL Final Boot Camp 2026 pada 16 dan 17 Mei sempena NSL Regional Cup 2026.

Klinik NSL
HAMPIR 300 peserta yang hadir pada siri terakhir Klinik NSL diadakan di SMK Seri Tasik.

Ia bakal memberi pendedahan latihan intensif bersama jurulatih kebangsaan selain pengalaman berada dalam persekitaran bola jaring profesional.

Klinik NSL 2026 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memperluaskan capaian program ke sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, program ini juga telah mula mendapat pengiktirafan dalam aktiviti kokurikulum oleh KPM, sekali gus memperlihatkan potensinya sebagai platform pembangunan bakat yang semakin relevan dalam ekosistem sukan dan pendidikan negara.

Dengan sambutan terus berkembang setiap musim, Klinik NSL kini semakin memperlihatkan potensinya sebagai platform yang menghubungkan pembangunan akar umbi kepada aspirasi sukan yang lebih besar buat generasi muda wanita. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: UiTM HA-KPT terus himpit tiga gergasi MHL
Next: TNB Thunderstars ‘bangkit dari tidur’ rampas puncak liga

Related Stories

TUAH Maskot Sukan SEA
  • Xtra

TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

podiumontour July 13, 2026
ASICS Malaysia
  • Xtra

ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

podiumontour July 5, 2026
Tiket FURY Championship
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.