Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Kebangkitan epik Sivasangari tawan Piala Grasshopper

podiumontour April 27, 2026 1 minute read
Sivasangari

SIVASANGARI menunjukkan reaksi puas dan gembira selepas mengesahkan gelaran Piala Grasshopper menjadi miliknya. - PSA SQUASH TOUR

RATU skuasy negara, S. Sivasangari meneruskan sensasi dengan menjuarai Piala Grasshopper dengan menewaskan Satomi Watanabe dari Jepun pada aksi final di Zurich, Switzerland lewat malam tadi (27 April).

Sivasangari, 27, terpaksa bertarung sengit dalam tempoh 61 minit sebelum dia menewaskan Watanabe yang juga pilihan kedua kejohanan dengan kemenangan 15-13, 5-11, 5-11, 11-7, 11-8.

Lebih manis, kemenangan dramatik tersebut akan melonjakkan pemain dari Kedah itu ke ranking No.5 dunia.

“Kelmarin saya mengharungi perlawanan yang panjang dan saya memenanginya. Saya lega walaupun sangat penat tetapi begitu gembira memenangi kejuaraan ini,” kata Sivasangari kepada PSA Squash Tour.

Pencapaian itu amat bermakna buat Sivasangari kerana kurang 24 jam sebelum itu terpaksa berhempas pulas menewaskan ranking ketiga dunia dari Mesir, Amina Orfi dari Mesir di separuh akhir.

Sama seperti hari ini, pemain No.1 negara itu tewas dua set sebelum bangkit mencatat kemenangan 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 11-5 ke atas Orfi dalam pertarungan separuh akhir berlangsung selama 81 minit.

Ini juga adalah gelaran kedua dalam tempoh dua bulan buat Sivasangari yang juga pemain No.1 negara, selepas memenangi Terbuka Australia di Brisbane pada Mac lalu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – PSA SQUASH TOUR

Post navigation

Previous: Hidayah mahukan PB baharu di Mokpo
Next: ‘Wake up call’ buat THT diikat Thunderbolts

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.