Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Ujian terbaik Shereen buru podium Sukan Asia

podiumontour May 7, 2026 2 minutes read
Shereen

SHEREEN membuktikan kemampuannya dengan memenangi pingat emas Terbuka Singapura bulan lalu walaupun hampir 10 bulan tidak menyertai kejohanan kompetitif. - OLAHRAGA MALAYSIA

SAINGAN Kejohanan Olahraga Kinami Michitaka Memorial menjadi pentas terbaik untuk mengukur tahap persediaan ratu 400 meter (m) negara, Shereen Samson Vallabouy mencapai sasaran utamanya bagi tahun ini.

Shereen, 28, menggalas tanggungjawab berat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti apabila bakal turun sebagai pemenang pingat gangsa edisi terdahulu di Hangzhou, China.

Permulaan tahun ini menyaksikan Shereen menunjukkan petanda yang cukup positif menerusi pingat emas Terbuka Singapura dengan catatan masa 54.24 saat (s) di Stadium Nasional Kallang pada 17 April lalu.

Ia adalah aksi pertama Shereen dalam tempoh hampir 11 bulan selepas perlumbaan terakhir disertainya adalah Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan pada 27 Mei 2025.

Disebabkan itu, Shereen yang berlepas ke Osaka, Jepun malam ini (7 Mei) berpuas hati dengan prestasinya di saringan dan final Terbuka Singapura kerana semakin hampir untuk menemui semula rentak terbaiknya.

“Sasaran utama tahun ini sudah tentu untuk kembali menaiki podium kerana saya adalah pemenang pingat gangsa di edisi terakhir Sukan Asia.

“Saya gembira dengan apa yang ditunjukkan setakat ini dan saya akan terus berusaha dalam Latihan untuk mendapatkan kembali keyakinan dan rentak saya,” katanya kepada Podium on Tour.

Shereen sepatutnya turun ke Sukan SEA Thailand 2025 mempertahankan pingat emas dimenanginya di edisi Kemboja 2023, namun mengalami hamstring beberapa minggu sebelum temasya bermula.

Anak kepada pasangan legenda olahraga negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar itu dilaporkan terjatuh semasa Latihan 4x100m mengakibatkan koyakan hamstring sepanjang tiga sentimenter.

Selain gangsa 400m, Shereen turut memenangi tempat ketiga acara 4x100m Sukan Asia Hangzhou 2022 bersama Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias dan Nur Afrina Batrisyia Rizal

Sebagai rekod, Shereen adalah pemegang kebangsaan 200m menerusi catatan 23.33s dan 400m dengan masa 51.79s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Young Elephants gagal sekat Territory Stingers
Next: Perebutan Kasut Emas sengit antara 3 ‘mesin gol’

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.