Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Amaran awal Azeem Fahmi buat pencabar Asia

podiumontour July 10, 2026 2 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM mengibarkan Jalur Gemilang selepas memenangi final 100m Kejohanan Olahraga Asia B23 2026. - ASIAN ATHLETICS

KEJAYAAN pelari terpantas Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi memenangi pingat emas 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B23) 2026 di Ordos, China semalam (9 Julai) seakan amaran awal kepada pencabar-pencabarnya.

Azeem, 22, mencetak masa sekitar 10.1 saat (s) sebanyak dua kali dalam tempoh sehari bermula 10.15s di peringkat saringan sebelum 10.17s pada aksi final.

Menerusi perkongsian laman Instagram @seasprinters, Azeem yang ditemubual oleh wartawan di sana berkata, dia ketika ini semakin menghampiri tahap terbaiknya menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun bermula 19 September nanti.

“Saya tak jangkakan catatan masa yang pantas, sasaran utama saya di sini adalah pingat emas. Jadi apabila saya catat 10.15s di saringan, saya dapat rasakan ia satu petanda yang baik, lebih-lebih lagi menjelang Sukan Asia.

“Seperti yang kita boleh lihat hari ini (9 Julai), dua kali saya dapat catat masa 10.1s. Itu berita yang kurang baik untuk pencabar-pencabar lain di Asia kerana saya tahu sekarang saya berada pada prestasi terbaik.

“Saya sangat gembira dapat berdiri di atas podium sebagai juara. Jadi, saya tak sabar untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan memberikan aksi terbaik apabila ia benar-benar penting,” kata Azeem.

Dalam masa sama, Azeem juga berjaya melangkah ke final 200m malam ini (10 Julai) selepas mencatat 21.13s di peringkat saringan bersama seorang lagi wakil negara, Pengiran Aidil Auf Hajam yang turut mara dengan masa 21.55s

Memandangkan atlet dari Teluk Intan, Perak itu jarang berlari dalam acara 200m, final ini adalah peluang terbaiknya untuk memperbaharui rekod peribadinya (PB) 20.79s.

Rekod 200m kebangsaan ketika ini dipegang oleh Danish Iftikhar Muhammad Roslee dengan catatan 20.73s sewaktu meraih pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025.

Sebagai rekod, Azeem masih lagi mempunyai satu acara, 4x100m bersama Pengiran, Reeve Kua Man Hong dan Armin Zahryl Abd. Latif pada Ahad ini (12 Julai). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN ATHLETICS

Post navigation

Previous: Azeem Fahmi raja pecut Asia B23
Next: Young Tigers akhirnya menang di Jepun

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.