Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigress pilih Singapura, ganti Korea Selatan

podiumontour August 3, 2026 2 minutes read
Hoki

BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad remaja wanita bergambar sebelum berlepas ke Singapura hari ini. - MHC

SKUAD hoki remaja wanita negara menjadikan Jelajah Singapura bermula hari ini (3 Ogos) sebagai platform persediaan memperkemaskan pasukan sebelum ke Kejohanan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menjelaskan, mereka terpaksa mencari alternatif baharu selepas Korea Selatan pada saat akhir membatalkan perancangan untuk turun ke Kuala Lumpur.

Perubahan jadual Piala Remaja Asia yang biasanya diadakan hujung tahun tetapi diawalkan ke September selain faktor Sukan Malaysia (SUKMA) akan berlangsung bulan ini menyebabkan tempoh persiapan mereka agak terhad.

“Kita sebenarnya merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan lebih kuat seperti Korea Selatan. Namun, mereka menarik diri pada saat akhir kerana mempunyai kejohanan domestik serta kekangan bajet.

“Jadi persiapan kita berubah. Daripada merancang menghadapi pasukan yang lebih kuat, kita gunakan peluang untuk menentang pasukan senior Singapura dan lihat bagaimana bermain menentang lawan yang berada di bawah ranking kita.

“Singapura bermain secara berstruktur. Mereka bertahan dan menyerang secara berpasukan, sama seperti pasukan di peringkat antarabangsa. Itu yang kita mahu hadapi dalam persiapan in.

“Keputusan bukan keutamaan saya tetapi perkembangan corak permainan pemain dan keberkesanan struktur serangan pasukan dalam empat perlawanan di Singapura,” katanya.

Nasihin membawa 20 pemain ke Singapura, manakala tiga lagi pemain seperti, Nur Zariefah Dania Mazlan, Nur Hanie Najwa Tarmizi dan Iman Adawiyah Mohd Suhaimi diberikan rehat selepas baru pulang daripada Jelajah Eropah bersama skuad senior.

Menurutnya, ini adalah peluang terbaik buat mereka menunjukkan kemampuan untuk merebut tempat ke Piala Remaja Asia nanti yang merupakan pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja.

“Skuad kali ini juga sangat muda, ramai pemain berusia 18 tahun, malah kita ada tujuh pemain yang baru berumur 16 tahun. Ini menunjukkan kita sedang membina pasukan untuk jangka masa panjang,” katanya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: 5 pelari Thailand catat sub12 di Eropah
Next: SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.