Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

5 pelari Thailand catat sub12 di Eropah

podiumontour August 2, 2026 1 minute read
Thailand

THAILAND kini memandang serius peluang untuk mereka memenangi pingat emas 4x100m wanita pada Sukan Asia nanti. - ATHLETICS ASSOCIATION OF THAILAND

KEM latihan intensif skuad pecut Thailand di Eropah seakan memberi petanda positif bukan hanya buat pelari-pelari lelaki, tetapi juga buat atlet-atlet wanita.

Lima pelari 100m mereka, kemungkinan kuartet 4x100m wanita, masing-masing dapat mencipta sub-12 iaitu catatan bawah 12 saat pada Grand Prix Litomysl di Cerna Hora, Republik Czech.

➡️ Sukanda Petraksa (22 tahun) – 11.43
➡️ Jirapat Khanonta (20 tahun) – 11.49s
➡️ Supanich Poolkerd (28 tahun) – 11.59s
➡️ Athicha Petchakul (21 tahun)- 11.60s
➡️ Manatsada Sammano (22 tahun) – 11.94s

Pastinya selepas ini mereka mungkin mampu mencatat masa 4x100m lebih pantas daripada catatan 44.11s yang dilakukan sewaktu Asian Relays Championship 2026 di Shaoxing, China pada Jun lalu.

Sasaran sudah tentu mahu menang pingat emas 4x100m Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada September nanti, memperbaiki pencapaian perak ketika edisi Hangzhou 2022. – PODIUM ON TOUR

Senara pemenang pingat 4x100m wanita Sukan Asia Hangzhou 2022:

🥇China 43.39s
🥈Thailand 44.32s
🥉Malaysia 45.01s

KREDIT FOTO – ATHLETICS ASSOCIATION OF THAILAND

Post navigation

Previous: Puripol sub10 lagi, catata 9.99s di Rep. Czech
Next: Young Tigress pilih Singapura, ganti Korea Selatan

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.