Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026 2 minutes read
YOG

BARISAN atlet dan jurulatih yang hadir pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke YOG Dakar 2026 di Menara KBS, Putrajaya hari ini. - KBS

DUA bintang muda olahraga negara, Gerfan Nigel Frank dan Zacharry Lawrence berpeluang memperagakan kemampuan mereka di pentas tertinggi temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2026 di Dakar, Senegal dari 31 Oktober hingga 13 November ini.

Gerfan yang beraksi dalam acara lompat bergalah dan Zacharry pula 400 meter (m) lari berpagar, akan bersama-sama 10 lagi atlet muda negara membawa cabaran Malaysia dalam misi memburu sasaran satu kilauan pingat.

Ia pastinya bakal memberi satu pengalaman cukup berharga buat Gerfan, 16, yang sebelum ini memenangi pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

Begitu juga Zacharry, 17, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai MSSM 2026 dengan catatan masa 52.54 saat (s).

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, penyertaan kontinjen negara dalam temasya edisi keempat itu merupakan peluang penting untuk atlet muda mendapatkan pendedahan di peringkat antarabangsa, meningkatkan prestasi dan membina asas kukuh bagi perjalanan mereka dalam kerjaya sukan masing-masing.

“Lebih daripada sasaran pingat, saya berharap atlet-atlet muda negara menjadikan YOG Dakar 2026 sebagai medan untuk membina ketahanan mental, memperkukuh kemahiran dan memahami standard persaingan bertaraf Olimpik.

“Anda semua ialah masa depan sukan negara. Bertandinglah dengan penuh disiplin, keyakinan dan semangat kesukanan serta manfaatkan setiap peluang untuk meningkatkan prestasi,” katanya pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke YOG Dakar 2026 di Menara KBS, Putrajaya hari ini.

Kontinjen Malaysia diketuai Chef de Mission (CDM), Wong Weng Son terdiri daripada enam atlet lelaki dan enam atlet wanita bertanding dalam 16 acara melibatkan sembilan jenis sukan iaitu olahraga, renang, badminton, bola tampar pantai, breaking, lawan pedang, pelayaran, skateboard serta wushu.

“Kali ini (pemilihan atlet) mengikut kuota daripada IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa), jadi kita hantar yang paling baik dengan harapan untuk mendapatkan pingat,” jelas Weng Son yang juga bekas juara dunia wushu 2017 dan 2023.

Pada edisi YOG Singapura 2010, Malaysia berjaya meraih dua pingat perak menerusi Datuk Pandelela Rinong Pamg diikuti 1 perak dan 1 gangsa di YOG Nanjing 2014, sekali lagi menerusi acara terjun, kali ini melalui Loh Ziayi.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah sewaktu edisi YOG Buenos Aires 2018 dengan 2 emas menerusi skuad hoki 5 sebelah lelaki negara dan pemain perseorangan badminton wanita, Goh Jin Wei. – PODIUM ON TOUR

FOTO – KBS

Post navigation

Previous: TNB Thunderstars terus menang besar, giliran Azrai ledak 4 gol
Next: Young Tigers mahu leraikan badi podium di SOJC 2026

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
Qaseh Kiasatina MSSM SPM
  • Olahraga

Pecah rekod MSSM, Qaseh kini buru ‘straight A+’ SPM

podiumontour September 29, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.