Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026 4 minutes read
ba'driena spm

BA'DRIENA turut bercita-cita menjadi seorang guru sains sukan pada masa depan.

BAGI seorang atlet-pelajar, kejayaan dalam sukan dan akademik tidak mustahil untuk dicapai serentak yang mana kuncinya adalah mengenali kemampuan diri, bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan pendidikan demi mengejar impian dalam sukan.

Perkara itu menjadi pegangan atlet 100 meter (m) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Ba’driena Bariezah Rozaini yang membuktikan komitmen terhadap sukan tidak semestinya menjadi penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang.

Ia terbukti apabila bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia Pahang itu berjaya memperoleh keputusan 8A dan 1B+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2024.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Mengimbas semula perjalanannya ketika itu, ia merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna memandangkan tahun tersebut turut menguji ketahanan fizikal dan mentalnya.

Ba’driena, 19, juga terpaksa menjalani pembedahan lutut kiri akibat anterior cruciate ligament (ACL) dan meniskus di Ipoh, Perak menyebabkan dia meninggalkan sekolah selama beberapa bulan.

Situasi itu memaksanya mengejar semula pelajaran yang tertinggal sebaik kembali ke sekolah, sekali gus menjadikan persediaan menghadapi SPM lebih mencabar.

Namun, kesukaran tersebut tidak menghalangnya daripada terus berusaha memberikan yang terbaik dalam akademik kerana perkara paling penting adalah mengenali diri sendiri serta memahami kaedah pembelajaran yang paling sesuai.

 

Ba'driena SPM

“Tak semestinya perlu belajar berjam-jam setiap hari. Yang penting, kita tahu apa kelemahan kita, macam mana nak perbaiki kelemahan itu dan gunakan masa belajar dengan berkesan.

“Tips saya, kenal pasti subjek atau topik kita lemah dan beri lebih perhatian pada bahagian itu. Kalau tak faham, jangan tipu diri sendiri yang kita faham, cuba cari cara lain untuk memahami topik tersebut.

“Sebagai student athlete, saya memang perlu seimbangkan kehidupan sebagai seorang atlet dengan pelajaran,” kata Ba’driena yang mewakili Perak dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dari 2018 hingga 2023.

BIJAK URUS MASA, BUKAN SEKADAR BELAJAR LAMA

Kehidupan di sekolah sukan menuntut disiplin yang tinggi kerana rutin harian bukan sahaja tertumpu kepada bilik darjah, malah turut melibatkan latihan fizikal dan aspek pemulihan badan.

Rutin harian bermula dengan menghadiri sesi persekolahan pagi, meneruskan latihan sukan sebelah petang dan waktu malam dimanfaatkan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum berehat bagi memastikan tubuh mendapat pemulihan mencukupi.

“Saya tak belajar sampai lewat malam sebab saya lebih suka bangun awal pagi untuk sambung belajar sebelum ke sekolah. Saya juga pastikan saya mendapat rehat yang cukup supaya dapat menjalani latihan dan belajar dengan baik,” jelasnya.

Finalis 100m Grand Final Varsity Track & Field 2026 itu turut menyifatkan cabaran terbesar adalah memastikan komitmen terhadap latihan tidak menyebabkan tanggungjawab sebagai pelajar terabai.

Ba'driena SPM

“Kita perlu tahu cara nak susun keutamaan. Dengan cara itu, saya dapat memberi lebih banyak perhatian pada perkara yang betul-betul memerlukan usaha saya.

“Bukan setiap masa saya ada tenaga dan motivasi yang sama. Ada hari senang nak belajar, tapi ada juga hari susah nak fokus. Saya cuba belajar ikut kemampuan dan tak cuba untuk bandingkan diri sendiri dengan orang lain.

“Yang penting tetap berusaha dan tahu apa yang perlu diperbaiki walaupun progres tak sama dengan orang lain,” tambah Ba’driena yang pernah bergelar ratu pecut MSSM 2019.

PENDIDIKAN JAMINAN MASA DEPAN ATLET

Ba’driena juga percaya pendidikan merupakan aset penting untuk membantu atlet membina kehidupan kerana pelbagai perkara seperti kecederaan, perubahan prestasi dan faktor lain boleh mengubah karier seseorang dalam sekelip mata.

Pendidikan perlu dilihat sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas tidak lagi bergelar atlet, selain membuka peluang kepada laluan kerjaya lebih luas.

Ba'driena SPM

“Jangan anggap akademik sesuatu yang mengganggu perjalanan kita sebagai atlet. Sebaliknya, jadikan akademik sebagai satu lagi peluang untuk kita pergi lebih jauh, bukan sahaja ketika menjadi atlet, tetapi juga selepas tamat karier nanti,” kataya yang turut mewakili Perak di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Pesanan itu membawa makna besar kepada golongan atlet muda yang sedang membina impian dalam sukan masing-masing terutamanya kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan dari 26 hingga 29 Oktober ini diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (2-5 November), Ujian Amali Sains (16-18 November, Ujian Mendengar Bahasa Melayu (23 November) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (24 November).

Kemudian peperiksaan bertulis SPM 2026 akan dijalankan dari 23 November hingga 17 Disember nanti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Semangat Nabil ‘berapi’, intai penjaring terbanyak SOJC
Next: Ashrafeel galas impian arwah ayah, SOJC titik permulaan karier

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026
Qaseh Kiasatina MSSM SPM
  • Olahraga

Pecah rekod MSSM, Qaseh kini buru ‘straight A+’ SPM

podiumontour September 29, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.