Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

podiumontour July 29, 2026 2 minutes read
Eljoe

ELJOE berbangga dengan pencapaiannya memenangi pingat gangsa lompat jauh T20 Sukan Komanwel Glasgow 2026 awal pagi tadi (29 Julai). - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KEJAYAAN memenangi pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2026 memberi 1,001 makna buat atlet lompat jauh T20 olahraga para negara, Eljoe Gotuoh.

Ia adalah pencapaian tertinggi dalam Eljoe, 22, di peringkat antarabangsa sejak atlet dari Tuaran, Sabah itu diserap masuk dalam skuad kebangsaan tahun lalu.

Eljoe sebenarnya berpotensi mencatat jarak lebih bagus daripada 6.51m atau cuba mengatasi catatan pemenang pingat perak dari Kanada, Noah Vucsics yang melakukan lompatan sejauh 6.66m.

Namun, beraksi dalam keadaan sejuk kerana hujan lebat pada aksi final di Stadium Scotstoun awal pagi tadi (29 Julai) mungkin membataskan rentak terbaik Eljoe yang 10 hari sebelum itu mencatat 6.78m di Terbuka Kedah 2026.

“Cuaca kurang baik, hujan, sejuk… mungkin prestasi turun sedikit. Namun, saya sangat berpuas hati dan gembira dengan semuanya hari ini.

“Memang saya datang ke sini dengan sasaran naik podium. Ia meningkatkan semangat untuk saya cuba lagi di Para Sukma bulan depan dan Sukan Para Asia nanti (18-24 Oktober 2026).

“Sebelum ini saya pernah menang juga di luar negara tetapi terbuka sahaja. Ini (Sukan Komanwel) paling tinggi sebab baru tahun lalu masuk skuad kebangsaan,” kata Eljoe yang mempunyai rekod peribadi 7.17m kepada Podium On Tour.

Lebih manis, Eljoe berjaya menaiki podium bersama idolanya, Datuk Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas acara berkenaan dengan jarak 7.17m. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun
Next: Syahmi pemenang emas keenam Sukan Komanwel

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.