Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Latif Romly terlalu unggul, ulangi sejarah 28 tahun

podiumontour July 29, 2026 2 minutes read
Latif Romly

LATIF (tengah) dan Eljoe (kanan) bergambar ceria selepas berjaya memenangi pingat lompat jauh T20 Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini.

 

JUARA dua kali Sukan Paralimpik, Datuk Abdul Latif Romly memahat sejarah yang tersendiri apabila menjadi atlet pertama Malaysia menghadiahkan pingat emas Sukan Komanwel bagi sukan olahraga sejak kali terakhir pada 1998.

Latif memastikan pingat emas edisi Glagsow 2026 menjadi miliknya dengan catatan 7.17 meter (m), sekali gus melengkapkan sasaran lima pingat emas Malaysia pada aksi di Stadium Scotstoun hari ini.

Ia sekali gus mengulangi pencapaian satu-satunya pingat emas Sukan Komanwel pernah diraih Malaysia dalam sukan olahraga sebelum ini menerusi Govindasamy Saravanan bagi acara 50 kilometer jalan kaki pada edisi KL 1998.

Mungkin disebabkan hujan lebat, Latif tidak tidak berjaya merealisasikan hasrat memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 miliknya iaitu 7.67m di New Delhi, India tahun lalu, namun pencapaian di Glasgow sememangnya cukup luar biasa.

Lebih manis, seorang lagi wakil negara, Eljoe Gotuoh turut mengiringi kejayaan Latif apabila memenangi pingat gangsa acara itu dengan catatan 6.51m.

Kedua-dua mereka kini menyertai senarai empat atlet olahraga atau para olahraga meraih pingat Sukan Komanwel seperti:

🥇Govindasamy Saravanan – 50km jalan kaki | KL 1998
🥈Hisham Khaironi – 100m EAD (masalah penglihatan) | Manchester 2002
🥉Yuan Yufang – 20km jalan kaki | Manchester 2002
🥉Afiq Ali Hanafiah – 100m T12 (masalah penglihatan) | Gold Coast 2018

Pingat perak bagi acara itu dimenangi atlet Kanada, Noah Vucsics dengan jarak 6.66m. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pencapaian Aleena, Syafiqa tetap membanggakan
Next: Gangsa Komanwel pencapaian tertinggi Eljoe

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.