Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Izat Zaki menang tali pinggang Fury Lightweight Muay Thai

podiumontour July 26, 2026 1 minute read
Izat Zaki Fury

KETUA Pegawai Eksekutif Fury Championship, Mohd. Wafiy Ilhan Johan (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran Fury Championship, Mohamad Faizal Ahmad atau Jaa Suzuran (kanan) meraikan kejayaan Izat merangkul tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship semalam. SPORTFLEX MEDIA MALAYSIA

JAGUH muay thai negara, Izat Zaki terus memastikan reputasi Malaysia selaku antara kuasa sukan tempur di Asia Tenggara apabila merangkul tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship.

Bagaimanapun, Izat tidak diberikan laluan mudah oleh petarung dari Indonesia, Brian Lawitan sebelum menang dengan keputusan sebulat suara dalam pertarungan utama Fury Championship Vol. II di Karisma Arena, Seremban semalam (25 Julai).

“Brian merupakan lawan yang sangat baik dan berpengalaman, malah pertarungan ini telah kami nantikan sejak tahun lalu.

“Saya sedar masih banyak perlu diperbaiki selepas agak lama tidak bertanding.
Cuma kemenangan ini menjadi motivasi untuk saya tingkatkan prestasi dan membuat persiapan lebih baik bagi kejohanan akan datang,” kata Izat.

Kemenangan itu melengkapkan satu lagi pencapaian buat Izat dalam saingan Fury Championship selepas turut memenangi edisi pertama tahun lepas.

Sementara itu, Brian yang menggunakan nama gelanggang The Spoiled Boy menerima kekalahannya dan mengakui pengalaman Izat dalam muay thai menjadi kelebihan utama.

“Ini kali pertama saya bertanding dalam muay thai, banyak perkara baharu yang saya pelajari sepanjang perlawanan.

“Walaupun keputusan tak memihak saya, pengalaman ini sangat berharga. Saya menghormati Izat atas kemenangannya dan akan kembali berlatih untuk memperbaiki kelemahan sebelum turun bertanding semula,” katanya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SPORTSFLEX MEDIA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Bonnie raih gangsa Sukan Komanwel
Next: Amisha buktikan status No.1 Muay Thai Malaysia

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.