Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Amisha buktikan status No.1 Muay Thai Malaysia

podiumontour July 26, 2026 2 minutes read
Amisha Fury

AMISHA (kanan) menepati statusnya dengan menewaskan Katayoun dalam aksi Fury Championship Vol. II semalam. - SPORTFLEX MEDIA MALAYSIA

BEKAS juara remaja dunia muay thai, Nur Amisha Azrilrizal menutup mulut pengkritik melalui satu persembahan bertenaga menewaskan Katayoun Rahimi dalam aksi Fury Championship Vol. II di Karisma Arena semalam (25 Julai).

Pertarungan dalam kelas flyweight 51 kilogram (kg) itu memperlihatkan aksi yang boleh dikatakan didominasi sepenuhnya oleh Amisha ke atas lawan berpengalaman dari Iran itu.

Menurut Amisha, tekanan yang diterimanya sebelum pertarungan menjadi pembakar semangat untuk dia membuktikan kemampuan sebenar di atas gelanggang.

“Alhamdulillah, saya dapat menamatkan pertarungan tanpa mengalami kecederaan serius. Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan pertarungan ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

“Ramai yang memberikan pandangan negatif dan meragui kemampuan saya sebelum pertarungan. Saya berasa sangat lega kerana dapat membuktikan saya masih No.1 di Malaysia,” katanya.

Amisha, 24, bukan nama asing dalam sukan tempur tanah air terutamanya kerana pernah dua kali bergelar juara remaja dunia muay thai pada 2016 dan 2019, beberapa pingat Kejohanan Dunia serta Sukan SEA.

Selain aksi Amisha dan Katayoun, Fury Championship Vol. II turut menghimpunkan barisan petarung tempatan dan antarabangsa dengan keseluruhan 13 pertarungan termasuk dua acara utama.

Putih Pretty Boy atau nama sebenarnya Arfiqanie Ahmad Anshori menewaskan Ilham ‘Flanker’ Loeisa dari Indonesia untuk memenangi tali pinggang OPBF Silver Super Lightweight Championship.

Izat Zaki turut cemerlang merangkul tali pinggang Fury Lightweight Muay Thai Championship selepas menewaskan Brian Lawitan dalam aksi kejohanan berkenaan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SPORTFLEX MEDIA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Izat Zaki menang tali pinggang Fury Lightweight Muay Thai
Next: Aniq Kasdan sumbang emas pertama Komanwel

Related Stories

Sukan SEA
  • Xtra

365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

podiumontour September 18, 2026
SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.