Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kuartet 4x100m UPM terus pecah rekod VTF

podiumontour June 7, 2026 2 minutes read
4x100m VTF

ELVIN (depan) menjadi pelari terakhir kuartet UPM memenangi pingat emas dengan rekod baharu VTF menerusi catatan 40.51s. - SUKAN IPT

KUARTET 4×100 meter (m) lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) terus membuktikan keunggulan mereka apabila mencipta rekod baharu kejohanan pada Varsity Track & Field (VTF) 2 semalam (6 Jun).

Ia merupakan satu-satunya rekod kejohanan berjaya dicipta pada saingan hari kedua VTF 2 yang berlangsung di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Kuala Nerus, Terengganu.

Ia sebenarnya sudah dijangka berdasarkan prestasi empat pelari kuartet 4x100m UPM yang membariskan tiga pemenang podium acara 100m termasuk raja pecut baharu VTF 2, Muhammad Haziq Mohamad Akhir, Reeve Kua Man Hong dan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham.

Seorang lagi adalah pemenang pingat emas 110m lari berpagar pada edisi VTF 1, Elvin Yap Zhi Xian.

4x100m VTF
TIGA pemenang pingat acara 4x100m bergambar selepas majlis penyampaian hadiah semalam (6 Jun). – SUKAN IPT

Mereka berempat berjaya mencetak masa 40.51 saat (s), 0.01s memadam rekod lama iaitu 40.52s yang juga dicipta oleh kuartet 4x100m UPM sewaktu VTF 1 berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada April lalu.

Pingat perak pula dimenangi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan masa 42.11s sementara tempat ketiga menjadi milik Universiti Multimedia (MMU) menerusi catatan 42.51s.

Catatan 40.51s itu sebenarnya boleh diberikan pujian kerana sekurang-kurangnya ia tidak terlalu jauh dengan rekod 4x100m kebangsaan 39.03s dicipta pada Sukan SEA Thailand 2025.

Ia dicipta kuartet Jonathan Nyepa, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Pengiran Aidil Auf Haham dan Aliff Iman Mohd Fahimi yang pada masa sama turut memenangi pingat perak Sukan SEA Thailand 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Izzul Haniff ‘bayar harga mahal’ pingat emas VTF 2
Next: Kali pertama Chelsea terlepas emas 400m VTF

Related Stories

Sukan Asia
  • Olahraga

Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia

podiumontour September 16, 2026
Atlet SPM
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026

Recent Posts

  • Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia
  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.