Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kali pertama Chelsea terlepas emas 400m VTF

podiumontour June 7, 2026 2 minutes read
Chelsea VTF

CHELSEA (dua dari kanan) tetap gembira dengan pingat gangsa 400m VTF 2 dalam aksi pertamanya tahun ini selepas pulih daripada kecederaan. - SUKAN IPT

BIARPUN terlepas pingat emas 400 meter (m) dalam kepulangannya ke pentas Varsity Track & Field (VTF), namun Chelsea Cassiopea Evali Bopulas kekal bersemangat tinggi untuk memburu catatan terbaik.

Chelsea, 26, ketika ini masih belum di tahap terbaik selepas kembali berlatih dalam tempoh tiga bulan sejak mengalami kecederaan tendon dalam persiapan ke Sukan SEA Thailand 2025 sebelum ini.

Sebab itu Chelsea tetap gembira dengan kejayaan meraih gangsa VTF 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Terengganu semalam (6 Jun) walaupun ini adalah kali pertama dia tidak memenangi pingat emas 400m di pentas VTF.

“Ini kali pertama sebab selama saya belajar UMS (Universiti Malaysia Sabah) saya tak pernah tak dapat emas (400m).

“Sekarang saya sambung Masters di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan baru baik daripada kecederaan, jadi perkara baik memerlukan masa.

“Perancangan saya nak buat PB (rekod peribadi) baharu dalam tahun ini, tak kisah mana-mana kejohanan, yang penting sebelum 2026 berakhir,” kata Chelsea yang mempunyai rekod peribadi (PB) 55.19 saat (s) kepada Podium On Tour.

Chelsea VTF
CHELSEA dan kuartet UPSI meraikan kejayaan mereka memenangi pingat emas 4x100m pada majlis penyampaian hadiah VTF 2 di Stadium UnisZA semalam (6 Jun). – SUKAN IPT

Chelsea meraih gangsa dengan masa 59.43s, manakala emas dimenangi Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi dari Universiti Putra Malaysia (58.11s) dan atlet Politeknik Malaysia, Nor Malisya Mohd Ishak membawa pulang gangsa (58.58s).

Bagaimanapun, Chelsea bangkit menebusnya dengan membantu UPSI memenangi pingat emas 4x100m menerusi catatan 48.48s, menewaskan UPM di tempat kedua (50.75s) dan pemenang gangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (54.23s). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Kuartet 4x100m UPM terus pecah rekod VTF
Next: Haziq rampas ranking pertama 200m Malaysia

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.