Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia

podiumontour September 16, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

DANISH (dari kiri), Musfirah, Azeem dan Nur Aishah bakal turun menggalas cabaran negara untuk acara 4x100m campuran di Sukan Asia nanti.

KUARTET 4×100 meter (m) campuran negara berpotensi besar untuk menghadirkan kejutan pada saingan olahraga Sukan Asia Aichi-Nagoya bermula 23 hingga 29 September ini.

Malaysia mempertaruhkan dua pelari terpantas lelaki dan wanita 100m negara untuk tahun ini iaitu Muhammad Azeem Fahmi, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Nur Aishah Rofina Aling dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

“Berdasarkan sesi latihan terakhir, saya nampak kita ada peluang untuk menang pingat bagi acara 4x100m campuran di Sukan Asia nanti,” kata jurulatih pecut kebangsaan dari Afrika Selatan, Thabo Matebedi.

Setakat ini, Malaysia baru sekali mengambil bahagian acara 4x100m campuran di peringkat antarabangsa ketika meraih pingat gangsa Sukan SEA Manila 2019.

Gandingan ketika itu ialah Azreen Nabila Alias, Jonathan Nyepa, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nixson Kennedy berjaya merakam masa 42.40s.

Catatan terbaik 4x100m campuran untuk tahun 2026 adalah gandingan UPSI diwakili Aiman Ikhwan Yahya, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka, Muhammad Hasrul Najmi Badrul dan Fatin Ilyana Mat Nayan dengan masa 43.32 pada final SUKIPT 2026.

Berdasarkan prestasi semasa dan rekod peribadi 100m, gandingan Azeem, Izzatul, Danish dan Aishah dijangka mampu merekodkan masa lebih pantas daripada 42.40s sekali gus menjadi rekod baharu kebangsaan di Jepun nanti.

Peluang Malaysia untuk memenangi pingat berkemungkinan cerah sekiranya berjaya mencatat bawah 42s berdasarkan catatan final Kejohanan Lari Berganti-Ganti Asia 2026 di Shaoxing, China pada Jun lalu.

Ketika itu, Thailand membariskan Chutithat Pruksorranan, Sukanda Petraksa, Puripol Boonson dan Jirapat Khanonta muncul juara dengan masa 41.14s yang mana ia adalah catatan kedua terbaik di benua Asia bagi tahun 2026.

Pingat perak dimenangi China dengan masa 41.29s, manakala gangsa kejohanan itu menjadi milik kuartet 4x100m campuran India menerusi catatan 41.47s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SPORTFLEX MALAYSIA / TRACK PHOTO

Post navigation

Previous: Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
Next: 365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak
  • Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers
  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.