Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Nani Sahirah akhiri penantian panjang 34 tahun

podiumontour December 13, 2025 2 minutes read
Nani Sahirah

NANI SAHIRAH membuat lontaran sejauh 16.36m untuk menjuarai lontar peluru wanita Sukan SEA 2025. FOTO: OLAHRAGA MALAYSIA

NANI Sahirah Maryata bukan hanya mencipta detik cukup manis buat dirinya tetapi juga menamatkan penantian panjang Malaysia selama 34 tahun untuk memenangi pingat emas lontar peluru wanita Sukan SEA.

Sebelum Nani Sahirah, kali terakhir atlet lontar peluru wanita negara menjuarai Sukan SEA melalui Lee Chiew Ha di Manila, Filipina pada 1991 dengan catatan 14.10 meter (m) yang mana dia juga memenanginya sewaktu edisi Kuala Lumpur (KL) 1989.

Kini, Stadium Suphachalasai, Bangkok menjadi saksi bersejarah kejayaan Nani Sahirah, 24, mengulangi pencapaian emas itu pada lontaran kedua sejauh 16.36m.

Jarak itu turut memecahkan rekod kebangsaan 15.70m yang diciptanya sewaktu Grand Final Varsity Track & Field 2024 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu pada November tahun lalu.

Nani Sahirah
NANI SAHIRAH meraikan kejayaan memenangi pingat emas Sukan SEA 2025. FOTO: OLAHRAGA MALAYSIA

Lebih membanggakan, Nani Sahirah menempa kejayaan itu dengan menewaskan pemenang pingat perak dari Thailand, Areerat Intadis yang merupakan juara bertahan ketika edisi Kemboja 2023.

Areerat sememangnya bukan lawan mudah kerana lima kali menaiki podium Sukan SEA bermula emas Kemboja 2023, perak Hanoi 2021, emas Manila 2019, perak KL 2017 dan gangsa Singapura 2015.

Nani Sahirah yang sebelum ini meraih gangsa edisi Kemboja 2023, pastinya boleh menjadikan kejayaan kali ini sebagai titik permulaan untuk dia terus menguasai acara lontar peluru bagi satu tempoh yang panjang.

Rekod Sukan SEA bagi acara itu, 18.20m dicipta atlet Singapura, Du Xianhui pada edisi Hanoi 2003 juga boleh menjadi sasaran seterusnya buat Nani Sahirah terus tingkatkan prestasi ke edisi Malaysia 2027. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Penamat manis Jinq En, akhiri penantian 6 tahun
Next: ABKL Experience 2025 perkenal ekosistem komuniti digital

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.