Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Pearly-Thinaah perlu hapus badi di BAC

podiumontour April 6, 2026 1 minute read
pearly thinaah

PEARLY (kanan) dan Thinaah menjadi sandaran terbaik negara untuk menakluk gelaran beregu wanita BAC 2026. - IG PEARLY TAN

BEREGU wanita No.2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah antara sandaran utama Malaysia untuk membawa pulang pingat Kejohanan Badminton Asia (BAC) bermula esok.

Namun, ada badi yang perlu mereka atasi di bumi Ningbo, China apabila sejak dua edisi lalu, Pearly-Thinaah kalah mengejut seawal pusingan pertama.

Tahun lalu, mereka turun sebagai pilihan keenam tetapi tumpas kepada beregu 🇰🇷 , Kim Hye Jong-Kong Hee Yong, manakala tahun sebelumnya tewas kepada pasangan 🇯🇵 Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara.

Ketika edisi 2023, Pearly-Thinaah terpaksa tarik diri pada saat akhir kerana Pearly tidak sihat.

Kali ini, Pearly-Thinaah berpeluang cerah mengatasi badi yang mengantui mereka di BAC apabila menentang pasangan 🇭🇰 , Fan Ka Yan-Yau Mau Ying di ranking 50 dunia.

Pearly-Thinaah pernah mengalahkan mereka ketika bertemu kali pertama di Masters Malaysia tahun lalu.

Sebagai rekod, Malaysia belum pernah ada wakil muncul juara dalam kategori beregu wanita di pentas BAC sejak edisi pertama pada 1962. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – IG PEARLY TAN

Post navigation

Previous: Mampukah Aaron-Wooi Yik ulangi rekod legenda?
Next: Russel mahukan semula rekod 200m Malaysia

Related Stories

Piala Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Ramkhamhaeng juara Piala Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 28, 2026
Eu Cong Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 26, 2026
BAC 2026
  • Badminton

Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

podiumontour April 11, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.