Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Wan Fazri sahut cabaran pecah rekod tertua Malaysia

podiumontour March 3, 2026 2 minutes read
Wan Fazri

WAN FAZRI berjaya memenangi pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 dengan catatan 1:49.85s. - OLAHRAGA MALAYSIA

PELARI 800 meter (m) negara, Wan Fazri Wan Zahari boleh menjadi contoh terbaik buat atlet-atlet olahraga negara kerana keberaniannya meletakkan sasaran tinggi menjelang pembukaan kalendar 2026 bulan depan.

Apa tidaknya, Wan Fazri secara terbuka menyahut cabaran untuk memecahkan rekod 800m kebangsaan iaitu rekod tertua olahraga Malaysia yang sudah berusia 41 tahun.

Rekod tersebut milik Batumalai Rajakumar dengan catatan satu minit 47.37 saat (s) sewaktu menjuarai Kejohanan Asia di Jakarta, Indonesia pada 26 September 1985 yang mana ia turut menjadi rekod kejohanan ketika itu.

Untuk info, Batumalai Rajakumar adalah pemenang pingat emas 800m dan 1,500m Sukan SEA Singapura 1983 dan pernah beraksi dalam kedua-dua acara itu di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 1984.

Keyakinan Wan Fazri, 25, berasas kerana rekod peribadinya (PB) adalah 1:47.64s, dicipta pada Kejohanan Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan tahun lalu yang mana ia cuma kurang 0.28s untuk memadam catatan bersejarah tersebut.

“Matlamat utama nak dapatkan PB tahun ini, lebih tepat lagi di Sukan Asia nanti. Memandangkan PB sekarang pun menghampiri NR (rekod kebangsaan), NR juga menjadi sasaran utama,” katanya kepada Podium On Tour.

Atlet berasal dari Kelantan itu sudah memulakan persiapan awal dalam tahun ini dan pada masa sama cuba mengelakkan diri daripada mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan perkembangannya.

Selain Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan, Wan Fazri turut menggalas harapan negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Kuala Lumpur hujung tahun nanti.

“Realistiknya nak dapat podium di Sukan Asia sangat susah, jadi target awal jadi finalis pun sudah jadi satu pencapaian,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

PROGRES 800M

2018 – 1:55.83s
2019 – 1:52.14s
2020 – 1:56.86s
2021 – 1:55.82s
2022 – 1:51.66s
2023 – 1:50.94s
2024 – 1:50.20s
2025 – 1:47.64s (PB)
2026 – NATIONAL RECORD??

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Speedy Tigers tak boleh cepat menyerah
Next: Speedy Tigers jatuh ranking dunia, No.14

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.