Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026 2 minutes read
Tiket FURY Championship

PERTARUNGAN FURY Championship Vol. II akan menemui peminat di Karisma Arena pada 25 Julai ini.

BAHANG saingan FURY Championship Vol. II sudah semakin terasa dalam kalangan peminat sukan tempur tanah air menjelang pertarungan yang akan diadakan di Karisma Arena, Seremban pada 25 Julai ini.

Sebanyak 13 pertarungan yang dijangka berlangsung sengit bakal menanti para penonton pada saingan berkenaan dengan kemuncaknya melibatkan perseteruan antara jaguh negara, Mohd Fazatkie Mohd Zaki atau nama pentasnya Izat Zaki menentang pencabar dari Indonesia, Brian Lawitan (The Spoiled Boy).

Satu perlawanan misteri juga bakal diadakan pada pertarungan kesembilan sebelum wakil negara, Thiagesh Ragunath (Asura Thiagesh) membuat perhitungan dengan Thivakorn Phooyorit (Yotharit Petchyindee).

Selepas itu, giliran dua petarung Malaysia turun menentang Indonesia juga dijangka penuh sengit melibatkan Mohamad Hasbullah Mood (Yat Rambo) berdepan Bimo Gunawan Pratama (Baby Legion) dan Arfiqanie Ahmad Anshori (Putih Pretty Boy) bertemu Ilham Loeisa sebelum kemuncak Izat menentang Brian.

Memandangkan tiket Super Early Bird cuma mengambil masa kurang 10 minit untuk habis dijual, para peminat digalakkan membelinya secepat mungkin sebelum fasa Early Bird yang mula dijual semalam (21 Jun) hingga 30 Jun ini pula habis.

Tiket FURY Championship
JUALAN tiket Early Bird FURY Championship Vol. II boleh dibeli di Wowtix dari 21 hingga 30 Jun ini.

Tiket boleh didapati di platform Wowtix dengan harga Early Bird (21-30 Jun) bagi empat bahagian kawasan tempat duduk iaitu Hoder RM39.90, Valkyrie RM59.90, Frigga RM89.90 dan Thor RM109.90.

Selepas itu, tiket akan dijual dengan harga asal bermula 1 Julai sehingga hari pertempuran yang mana Hoder RM59.90, Valkyrie RM89.90, Frigga RM109.90 dan Thor RM139.90.

Tiket FURY Championship
JUALAN harga biasa tiket FURY Championship Vol. II akan mula dijual di Wowtix dari 1 hingga 25 Julai ini.

PEMBELIAN TIKET DI SINI: https://www.wowtix.com.my/event/fury-championship-2

Penonton juga boleh menyaksikan malam penuh aksi yang dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peminat melalui siaran secara eksklusif Pay-Per-View (PPV) menerusi aplikasi penstriman Tonton.

Early Bird berharga RM11.90 bermula 21 Jun hingga 30 Jun ini dan kemudiannya harga biasa RM16.90 dari 1 hingga 25 Julai nanti.

Tiket FURY Championship
PENONTON juga boleh menyaksikan pertarungan FURY Championship Vol. II melalui PPV di Tonton.

FURY Championship Vol. II kali ini bakal menghangatkan lagi arena sukan tempur tanah air kerana ia menampilkan antara barisan petarung terbaik tempatan dan antarabangsa. – PODIUM ON TOUR

FIGHT CARD FURY CHAMPIONSHIP VOL. II

1. Faris HFL (Malaysia) vs Syafiq (Malaysia)
2.Qaie Mongkolchai (Malaysia) vs Abilio The Bumble Bee (Indonesia)
3. The  Molotok (Afghanistan) vs Al-Hafiz (Indonesia)
4. Wan Epul (Malaysia) vs Wasu Kib Boxing (Thailand)
5. The Golden Shin (Malaysia) vs Sammy Algiers (British)
6. Danial Kereta Kebal (Malaysia) vs Supergaas (Indonesia)
7. Sabri Thaivisix (Malaysia) vs The Victories (Maghribi)
8. Kilat Boy (Malaysia) vs Kittidech Hirunsuk (Thailand)
9. Perlawanan misteri
10. Asura Thiagesh (Malaysia) vs Yotharit Petchyindee (Thailand)
11.  Baby Legion (Malaysia) vs Yat Rambo (Indonesia)
12. Putih Pretty Boy (Malaysia) vs Ilham Flanker Leoisa (Indonesia)
13. Izat Zaki (Malaysia) vs The Spoiled Boy (Indonesia)

Post navigation

Previous: Rugi kalau terlepas tonton FURY Championship Vol. II
Next: Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.