Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

ABKL umum Adik Beradik Tournament Arena 2026

podiumontour April 4, 2026 2 minutes read
ABKL

MUZAMMIL (tengah), Pengarah Pemasaran ABKL, Ku Izwan Ku Majid (kiri) dan Ikon ABKL, Hafizh Syahrin pada Rumah Terbuka Aidilfitri ABKL di The Estate on Federal Hill hari ini (4 April). - ABKL

KOMUNITI digital tempatan, Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) merancang untuk melangkah lebih jauh sebagai penganjur kejohanan apabila mengumumkan hasrat menganjurkan Adik Beradik Tournament Arena 2026 pada November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir berkata, penganjuran kejohanan berasaskan permainan video roleplay, Grand Theft Auto (GTA) adalah kesinambungan kepada kejayaan acara ABKL Experience 2025 yang memberi banyak pengalaman berharga kepada pihaknya.

Menurutnya, pengalaman itu menjadi asas penting dalam merangka kejohanan lebih besar dan tersusun pada tahun ini.

“Kalau ikutkan, ini kejohanan kedua kami. Sebelum ini kami anjurkan ABKL Experience 2025 dan daripada situ kami dapat banyak ilmu serta pengalaman untuk dibawa ke 2026,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ABKL 2026 di The Estate on Federal Hill, Bukit Damansara hari ini (4 April).

Tambah Muzammil, fokus utama kejohanan kali ini adalah kepada elemen ‘fighting’ dalam komuniti, selain memperkukuh interaksi sesama pemain.

“Kami mahu fokus kepada konsep pertarungan antara komuniti sendiri, sesuatu yang lebih dekat dengan ekosistem kami,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan persiapan kejohanan sedang giat dilakukan termasuk aspek sistem dan perancangan keseluruhan.

“Kami masih dalam fasa persiapan dari segi sistem dan perancangan. Jika tiada halangan, kejohanan ini dijadual berlangsung November 2026,” katanya.

Mengulas format pertandingan, Muzammil berkata ia akan menampilkan konsep 10 lawan 10 dengan penyertaan terhad kepada kumpulan terbaik.

“Kita sasarkan penyertaan top 10 sahaja, bukan semua pemain akan terbabit dalam kejohanan ini,” katanya.

Selain itu, kejohanan berkenaan turut akan diperluaskan dengan elemen perlumbaan termasuk perlumbaan motosikal dan kereta bagi menambah variasi kepada acara.

Buat masa ini, penyertaan akan memfokuskan kepada komuniti tempatan terlebih dahulu sebelum dibuka kepada penyertaan luar termasuk antarabangsa pada masa depan.

Pengumuman itu dibuat sempena Rumah Terbuka Aidilfitri ABKL 2026 yang berlangsung meriah di The Estate on Federal Hill, Bukit Damansara, dengan kehadiran ikon komuniti termasuk Hafizh Syahrin.

Penganjuran kejohanan itu dilihat sebagai langkah awal ABKL untuk mengukuhkan jenama mereka sebagai antara komuniti digital paling berpengaruh di Malaysia, selain membuka ruang kepada pembangunan ekosistem esports dan komuniti permainan tempatan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ADIK  BERADIK KL

Post navigation

Previous: Legenda dunia, Buakaw ‘panaskan’ T-Fight All Stars
Next: Kesabaran Altamis julang trofi Remaja Terbuka SRAFTKL

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.