Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Legenda dunia, Buakaw ‘panaskan’ T-Fight All Stars

podiumontour April 4, 2026 2 minutes read
Buakaw

BUAKAW bakal menghangatkan pertarungan T-Fight All Stars di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini. - IG BUAKAW BANCHAMEK

TINGGAL lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars membuka tirainya di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini dengan kehadiran ikon muay thai dunia, Buakaw Banchamek.

Kehadiran legenda sukan tempur berusia 44 tahun itu pastinya dinanti-nantikan peminat-peminat muay thai di Malaysia yang mahu menyaksikan sendiri kelincahan serta ketangkasan Buakaw di atas gelanggang.

Petarung dari Thailand itu dijadualkan berdepan bintang China, Mao Gaofeng pada pertarungan tersebut dengan Buakaw dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menamatkan aksi sebagai pemenang.

Berdasarkan rekod semasa, Gaofeng memiliki rekod 33 kemenangan dengan sembilan keputusan dalam 45 pertarungan, sekali gus mampu menggugat bekas juara dua kali kejohanan K1 World Max Champion itu.

Selain pertarungan antara Buakaw dan Gaofeng, ada enam lagi pertarungan lain yang dijangka mampu menarik minat penonton untuk datang dan menyaksikan kejohanan muay thai berkenaan.

Secara keseluruhan, T-Fight All-Stars yang diasaskan oleh Shamsueffendi Mohammad, akan menampilkan petarung-petarung dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus membuktikan status antarabangsa.

Sementara itu, penganjur juga yakin kejohanan tersebut bukan sahaja mampu menarik perhatian peminat sukan tempur, malah turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan tempur di rantau ini.

Para peminat masih berpeluang untuk mendapatkan tiket masing-masing dengan melayari laman web www.ilassotickets.com. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – BUAKAW BANCHAMEK

Post navigation

Previous: Piala Dunia, penampilan terakhir Azizulhasni di Malaysia
Next: ABKL umum Adik Beradik Tournament Arena 2026

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.