Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Kesabaran Altamis julang trofi Remaja Terbuka SRAFTKL

podiumontour April 5, 2026 1 minute read
altamis

ALTAMIS (tengah) menjuarai Remaja Terbuka Antarabangsa SRAFTKL 2026 di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini (5 April). - SRAFTKL

KESABARAN di penghujung perlawanan membawa tuah buat Altamis Aqhar Sallam A. Sufian apabila berjaya menjulang gelaran bawah 19 tahun (B19) Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa SRAFTKL 2026.

Altamis, 18, bertarung sengit dengan Aqil Mirza Naim Khairil Fariz sebelum menang dalam set keempat sekali gus menewaskan pilihan pertama itu 11-6, 8-11, 11-3, 12-10 pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini (5 April).

“Saya gembira dapat menang perlawanan kali ini sebab set terakhir itu sangat sengit. Dua-dua taknak kalah, jadi saya lebih sabar dan hanya tunggu kesilapan daripada pihak lawan,” katanya.

Tempat ketiga dimenangi Lee Jong Hyeok dari Korea Selatan selepas menewaskan pemain negara, Ivan Chang Jia Yu 11-4, 11-7, 11-6.

Sementara itu, Altamis yang berasal dari Miri, Sarawak itu kini menumpukan sepenuh perhatian kepada dua kejohanan utama tahun ini iaitu Remaja Dunia dan Remaja Asia dijadualkan pada Jun serta Julai.

“Saya masih lagi 18 tahun, jadi boleh lagi sertai Kejohanan Remaja Dunia dan Asia. Memang selepas ini akan bersiap sedia untuk dua kejohanan inilah dan pada masa sama cuba naikkan ranking PSA,” jelas Altamis. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SRAFTKL

Post navigation

Previous: ABKL umum Adik Beradik Tournament Arena 2026
Next: Mampukah Aaron-Wooi Yik ulangi rekod legenda?

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.