Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Aniq Kasdan sumbang emas pertama Komanwel

podiumontour July 26, 2026 1 minute read
Aniq Kasdan

ANIQ ceria menunjukkan pingat emas Sukan Komanwel dimenanginya hari ini. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

BADANG negara, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara dengan meraih kilauan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Aniq, 24, yang pernah meraih tempat keempat Sukan Olimpik Paris 2024, turut melakar sejarah tersendiri apabila mencipta dua rekod baharu temasya bagi acara angkat berat 60 kilogram (kg).

Dua rekod itu adalah angkatan keseluruhan 273kg dan 152kg bagi acara clean & jerk selain mengangkat bebanan 121kg dalam acara snatch.

Pingat perak bagi kategori itu dimenangi atlet India, Rishikanta Singh yang melakukan angkatan keseluruhan 264kg manakala gangsa menjadi milik Joshua Amunga Mboya (260kg) dari Kenya.

Menariknya, kejayaan Aniq turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengucapkan tahniah atas kejayaannya mengharumkan nama negara.

“Tahniah Mohamad Aniq atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Glasgow! Seluruh negara berbangga dengan kejayaan saudara mengharumkan nama Malaysia.

“Semoga detik bermakna ini membakar semangat atlet kita di Sukan Komanwel untuk terus memburu kejayaan dan membawa pulang lebih banyak pingat. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjuangan kalian,” tulisnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Amisha buktikan status No.1 Muay Thai Malaysia
Next: Irene Jane tamat penantian 16 tahun di Komanwel

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.