Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem Fahmi raja pecut Asia B23

podiumontour July 9, 2026 2 minutes read
Azeem Fahmi

AZEEM (tengah) memastikan pingat emas 100m menjadi miliknya dengan catatan 10.17s pada final Olahraga Asia B23 malam tadi (9 Julai).

PELARI terpantas Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi terus berada di landasan tepat dalam misinya untuk sekali lagi menaiki podium di pentas Sukan Asia pada edisi Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober nanti.

Ia berdasarkan kejayaan Azeem, 22, mengungguli Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B23) 2026 dengan memenangi pingat emas 100 meter (m) yang berlangsung di Ordos, China malam tadi (9 Julai).

Tanpa kehadiran seteru utama iaitu raja pecut Thailand yang juga pelari keempat terpantas Asia, Puripol Boonson dan Hiroki Yanagita dari Jepun, Azeem menepati ramalan dengan bergelar juara dengan catatan 10.17 saat (s).

Azeem yang menenangi pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, menewaskan Falah Hassan Al-Khazaali (Iraq) dan Salah Nur Yunis (Qatar) yang masing-masing meraih pingat perak serta gangsa final 100m tersebut.

Gelaran raja pecut Asia B23 itu hadir pada waktu tepat memandangkan ia adalah kejohanan antarabangsa pertama Azeem selepas menamatkan pengajian di Universiti Auburn bulan lalu.

“Alhamdulillah tetapi ini masih belum mencukupi. Semua akan tiba pada waktunya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong,” kata Azeem yang dipetik daripada IG Story miliknya.

Sejak pulang dari Auburn, Azeem terus konsistensi dengan masa yang baik, 10.21s menjuarai Terbuka Malaysia 2026; 10.15s saringan Olahraga Asia B23 dan 10.17s final Olahraga Asia B23.

Seorang lagi pelari 100m negara, Reeve Kua Man Hong yang kali pertama mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, juga menunjukkan potensi apabila berjaya memperbaharui rekod peribadinya (PB) biarpun tidak berjaya ke final.

Reeve mencatat 10.63s, memadam PB terdahulu, 10.65s yang dilakukannya sewaktu Terbuka KL pada Disember tahun lalu. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Kepimpinan Hasliza masih ditagih Malaysian Tigress
Next: Amaran awal Azeem Fahmi buat pencabar Asia

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.