Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Azeem perlu Top 16, cipta rekod baharu di SEC 2026

podiumontour February 26, 2026 1 minute read
AZEEM

AZEEM ketika ini berada dalam kelompok 25 terbaik di Amerika Syarikat dalam acara 60m indoor. - AUBURN

AZEEM Fahmi ketika ini berada di ranking Top 25 daripada lebih 500 atlet bersaing dalam acara 60m indoor di bumi Amerika Syarikat.

Ia masih belum mencukupi kerana Azeem, 22, perlu memecah masuk kelompok Top 16 untuk layak ke NCAA Division 1 Indoor 2026, Mac nanti.

NCAA adalah pentas berprestij di peringkat kolej dan universiti yang mana statusnya antara kejohanan tertua di dunia yang sudah berlangsung selama 105 tahun sejak 1921.

Kejuaraan Southeastern Conference (SEC) 2026 di Austin, Texas dari Jumaat hingga Ahad ini menjadi peluang terakhir seperti dilakukan Azeem pada edisi SEC 2025.

AZEEM
Catatan Azeem dalam acara 60m dan 200m indoor bagi tahun 2026.

Tahun lalu, Azeem layak ke NCAA dengan status Top 13 selepas menang pingat gangsa SEC 2025 dengan catatan rekod baharu 60m indoor kebangsaan, 6.56s.

Berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil Azeem dengan catatan terbaik 60m indoor tahun ini 6.60s, mengulangi persembahan sama dan memperbaharui rekod Malaysia.

“Persaingan 60m akan sangat menarik. Ada antara pelari berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, termasuk beberapa atlet kami,” kata ketua jurulatih Universiti Auburn, Leroy Burrell. – PODIUM ON TOUR

Jadual Azeem di SEC Indoor 2026

60m prelims – 28 Feb, 7.10am waktu Malaysia
60m final – 1 Mac, 6.32am waktu Malaysia

Post navigation

Previous: Flying Chan Sarah siap sedia misi lebih besar 2026
Next: Malaysia tersingkir menerusi jumlah perbezaan gol

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.