Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Flying Chan Sarah siap sedia misi lebih besar 2026

podiumontour February 26, 2026 1 minute read
Sarah

SARAH akan menyertai kejohanan di Taiwan pada hari raya pertama Aidilfitri ini. - SUKAN IPT

ATLET lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi menjadikan 2026 sebagai tahun kebangkitan selepas hampir 2 tahun tak beraksi sejak 2023.

Kepulangan pertama Sarah ke trek pada Sukan SEA Thailand, Disember tahun lalu tak berakhir seperti diinginkan apabila cuma melepasi had ketinggian 3.60m.

Ia masih jauh jika dibandingkan dengan rekod peribadinya, 4.05m dilakukan ketika meraih perak Sukan SEA Kemboja 2023.

Kecederaan buku lali dialami hingga memerlukan pembedahan menjejaskan progresnya yang turut menyaksikan pesaing dari Indonesia, Diva Renatta Jayadi kini jauh meninggalkan Sarah.

Dua kali Sarah menewaskannya dengan meraih emas (Sukan SEA Hanoi 2021 dan Kemboja 2023), tapi kini Diva Renatta dalam kelas tersendiri apabila mencipta rekod baharu Sukan SEA dengan catatan 4.35m.

Enggan menoleh ke belakang, tahun 2026 bakal menjadi titik kebangkitan Sarah yang kini bebas sepenuhnya daripada kecederaan.

“Sekarang saya 150% stronger daripada saya yang fit pada 2022 dulu,” kata Sarah kepada Podium on Tour.

Kejohanan di Taiwan pada April ini akan menjadi pentas pertama Sarah kembali memperlihatkan potensi sebenarnya dalam usaha memadam rekod kebangsaan 4.40m dicipta Roslinda Samsu 20 tahun lalu pada 2006. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Malaysia hampir jinakkan Indonesia, seri 4-4
Next: Azeem perlu Top 16, cipta rekod baharu di SEC 2026

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.