Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Debut antarabangsa positif Khaleesa Yasmin

podiumontour April 16, 2026 1 minute read
Khaleesa

KHALEESA turut memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh dan lompat kijang Terbuka Singapura. - OLAHRAGA MALAYSIA

PENAMPILAN pertama Nurkhaleesa Yasmin Awang di pentas antarabangsa cukup positif apabila meraih gangsa lompat jauh Terbuka Singapura.

Khaleesa sendiri tidak menjangka dia akan menaiki podium kerana pada awalnya lebih kepada mencari pendedahan beraksi di kejohanan antarabangsa.

Atlet berusia 22 tahun dari Johor itu konsisten dengan lompatan sekitar 5.6 m dengan catatan terbaiknya 5.68 m di Stadium Nasional Kallang (16 April).

“Bangga dan puas hati sebab tak jauh dengan PB saya 5.76m dan saya juga banyak kali konsisten dalam 5.6m hari ini (16 April),” katanya.

Sepanjang enam lompatan Khaleesa mencatat 5.66m, 5.68m, 5.62m, 5.19m dan 5.27m termasuk satu percubaan batal di lompatan pertama.

Pingat emas dimenangi Vinsensia Awute Amjaram dari Indonesia dengan catatan 5.78m, manakala perak menjadi milik atlet Singapura, Tia Louise Rozario (5.73m). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Armin Zahryl layak jadi pengganti Rayzam
Next: Keputusan sukar Andre demi masa depan

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.